29 September, 2010

Terima kasih Ya Allah...


Padamu Kubersujud
ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok atau kah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan kurnia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

01 August, 2010

Selamat tinggal bulan kesayanganku, Julai.

Hari ini, 1 Ogos 2010.  Hari pertama dalam bulan Ogos. Selamat tinggal Julai, dia telah pergi meninggalkan aku. Sedihnya hati. Kan besh kalau setiap bulan adalah bulan Julai. Ouh2 mengarut saje! Ok, time to be serious ya! Dah sebulan aku di sini, di Puncak Perdana yang aman damai. Ya! Sangat aman kurasa bila di sini, hinggakan aku tak mahu rasanya pergi kemana-mana. InshaAllah masa praktikal hujung tahun ni pun aku akan tetap tinggal di sini. Walaupun terpaksa keluar pagi untuk ke tempat praktikal, aku rela :) Sampai macam tu ke Ieda? Hehe, tentu soalan tu akan diajukan kepada aku oleh teman yang lain, dan memang dah ada pun yang bertanyakan hal itu. Kenapa? Hanya senyuman ikhlas dan semanis yang ku rasa dapat aku pamerkan kepada mereka. Hanya aku tahu jawapannya. Berbalik kepada tajuk entri ni, bulan kesayangan aku dah pun pergi tinggalkan aku. Julai tahun depan dimanakah aku? Masih di sini? Di JB? Atau mungkin telah menjawat jawatan 'librarian' di UTHM? erm....semuanya masih kesamaran. Hanya Allah tahu jawapannya. Dek kerana ke 'busy' an aku sepanjang bulan ni, aku sampaikan terlupa nak wish kepada diri sendiri Happy Birthday yang ke 23 tahun. Heeee ;) 12 JULAI yang lepas genap la 23 usiaku. Dah besar anak abah, macam tu la ayat abah dalam SMS nya. Dah besar kan, tapi anak abah dan emak ni masih macam budak2 kecik lagi, suke makan jajan, makan choki2, main dengan teddybear la, ape la.. ^_^ Tu pasal la abah aku macam tak percaya yang anak dia nie dah matang, dah dewasa pun. Aku dapat dua hadiah yang sama pada tahun ni, nak tahu ape? Tabung...yup, tabung duit. Sangat cumil oke! Satu bentuk Bear, satu lagi bentuk baby kiut. Tok Mak dan Sue, my besties yang bagi. Thanks ya, sayang sangat2. Emak pula bagi aku cermin, cermin tu sangat cantik, sangat cute! Bentuk teddybear. SEE? Semua orang masih tak percaya yang aku dah besar, hadiah nye cumil2 dan ala2 anak2 kecil. But, aku suka sangat2! Luv it very2 much! Sayang semuanya. Time kasih juga aku ucapkan kepada rakan2 sekalian yang sudi wish buffday untuk aku, kat FB terutamanya, banyak betol wishes yang sangat2 suweet...thanks taw! I'm really appreciate it!  Hehehe... Tak sabar nak tunggu tahun depan, tapi takut jugak. Haisyyy ape nie Ieda? Takut dengan masa depan lak... Tak2... :))

04 July, 2010

Halwa telinga

TANPAMU - IN-TEAM

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Ku lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Segalanya bakal bermula

Puncak! Here i come!!!! Lagak bunyi macam happy kan? Tapi hakikat Tuhan je tahu. Rasa macam nak ikut je famili balik siang tadi. Juz pegi register dan hantar barang, pastu aku nak balik JB semula. Pastu esok lusa tulat aku ponteng kelas pertama, then aku merana. HAHAHA.... Tapi tak mungkin mak abah aku benarkan, mau ditinggalkan aku kat highway. Takpun tersepit la aku kat pintu kereta kerana abah tak membenarkan anaknya masuk ke dalam kereta. Ah, cukup sudah berangan ek kau! :p heee.... Hari tu konon rindu sangat dengan Puncak, dah sampai mengada2 lak! Sekarang kau dah menghirup udara Puncak yang tak berapa nak segar macam kat Segamat dulu...so baik duduk diam2 baca buku. Huhu..esok bermulalah kelas pertama aku di semester akhir bergelar seorang mahasisiwi. Last year nie aku bertekad nak belajar sungguh2. Yes! Jika kau fikirkan kau boleh, ya aku boleh! :) Tapi kan, apela nasib aku sem akhir nie la nak dicampakkan ke atas sekali. Dah ler nanti bulan puasa kan, aduh dugaan betol.... Ape pun terjadi aku mesti kuat! Jangan malas2, jangan asyik nak tido aje! Rajin taw! Aku rajin taw, especially turun pegi makan..hahaha...Badan tak naik2 jugak, sebab penat naik tangga agaknya, tu yang tak gemuk2 :p Alasan baikkkk punya. 0k la, aku nak salin jadual untuk esok dan hari2 seterusnya, alamak, mane pen nie! Babai, nak pegi carik pen bawah katil. Huhuhuhu...

30 June, 2010

Koleksi kesayangan

Inilah koleksi kesayangan aku. Ada macam-macam jenis bahan bacaan. Agama, cinta, motivasi dan santai. Aku memang suka beli dan jadikan koleksi tapi baca selalu tak habis2, sebab dah banyak sangat. Huhu.. :p Nanti boleh la aku buat mini library kat rumah aku kelak! Siap dengan DDC segala la aku wat. (ehehe..mentang-mentang la kau librarian-to-be) Aku target nak habiskan baca sebelum naik cuti ni. Go go chaiyok ieda! K la, nak pegi membca..JOM-JOM, SATU BUKU SORANG. Membaca amalan mulia (:
yang bawah sekali tu paling BEST! cube tengok title die :)

28 June, 2010

Rindu setengah pengsan...

Hahahaha... (eh, eh kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni...) sebenarnya aku ketawa sebab aku rindu gila-gila dah nie kat semua yang aku paparkan kat bawah tuh! Rinduuuuuuu sangat2! oh tidak...kau betol ke tak ni? Hahaha... Enjoy all the best moment yup! Capturing by me, photographer-to-be... ^___^


Hah itu pintu depan a.k.a pintu masuk Puncak Perdana Campus ok. Abaikan insan yang menaiki moto itu..huhu. Tempat yang aku selalu keluar masuk hari-hari sebab nak pegi beli 'stick' kat depan waktu petang. Kalau korang nak tahu, stick tu adalah makanan yang macam sosej, finger crab eh.. crab finger! Ala, yang cucuk-cucuk kat lidi sate tu... tapi tu dulu la...now aku dah tak makan benda tu lagi sebab aku pegi makan kat 'kandang' je. Kepada korang yang bukan dari Puncak mesti dah tercengang kan dengar nama tu..ulang lagi sekali, Kandang. Heeee :p Bukan tempat binatang ternakan ye kawan-kawan, tu nama gelaran untuk gerai2 makan kat seksyen U10 ni (:


Rindu sama kamu, SUE! :) di atas adalah kawan baik aku, tolong jangan kacau dia, ade kena sebat bontot nanti! hahaha :D gambar tu aku curi snap mase minum petang kat zuree's corner. Dia selalu mengelak nak amik gambar so aku curi amik...jadi mamarazzi kejap aku. :p aku sayang dia sangat2 as my best fren forever, BFF. ^__^ dia selalu ada tika aku bahagia dan derita merindu. Eh kejap, itu tajuk lagu oke...tetibe *__* jom nyanyi ramai2...

Kucing yang paling aku sayang kat sane ialah Zuree. Dia sangat manja dan cute! Tapi dia sangat kuat merajuk dan terasa hati! :p (da macam aku jek..huhu) Bila aku datang kat Zuree's corner tu aku mesti cari dia. Sehari tak jumpa aku jadi tak keruan...haru sungguh aku rase. Makan pun tak senang sebab mata melilau dok carik dia...tup2 aku nampak dia ngan usung kehulu kehilir si tikus mondok...hilang selera aku. Nakal betol dia...dia sengaja main2 ngan benda tu...bukan nak makan pun..saja tunjuk jaguh la tu...haha.. :D Aku selalu angkat dia dok kat riba...tu pun kalau aku tengok dia macam wangi la...hihi..

inilah Zuree hensem aku :)
Rindu nak bagi makan kat dia..mak zuree, zuree serta adik-adik bulu dia.. Selalu aku beli makanan kucing tu kat kedai ane sana..sapa dok Puncak mesti tahu punya mana kedai ane kan..;) Sekali beli RM1 je. Dowang nie cepat muak. Tengok gambar kat bawah tu, si ibu asyik menikmati makanan sampai tak pedulikan si anak dok miau maiu... Aku start bagi kucing ni makan masa sebelum World Cup, Zuree's Corner tutup 2 minggu. So aku sangat lah tidak sampai hati tengok mereka..especially si Zuree yang ditinggalkan tuannya selaku tukang masak kedai ni yang balik kelate. Cian zuree kan, meh kakak bagi makan.. :p

Ibu si zuree bersama salah sekor adik bulu zuree
Kasih ibu membawa ke Syurga :)
Hahaha..aku suka gila gamba ni. Nampa sangat cute kan mereka semua :)) Cube korang tengok, adik bulu zuree yang putih dua ekor nie agak montek kan, sebab mereka dok menyusu tak kira waktu. Asyik dahaga memanjang! Tu yang montel sebab kuat minum susu. Yang lagi sekor tu rileks je...tapi yang tu comey gila. Dia sgt takot kan orang. Agak pasif, tak lincah dan suka bawak haluan sendiri, tak main2 ngan lagi dua nie. Pemalu sikit *__* (eh, cam aku jek :p ) Sokmo ah macam kau..haha..

Nasi goreng cili padi     
Ahaaaaaa.....this is my faveret food oke ^__^ NYUMMY3! Cuma kat zuree corner je yang sedap bagi aku. Kalau kat kedai lain tak dapat sesedap nasi goreng cili padi di situ..Tetiba terliur aku dah ni, adoi2...lapar lak.haha :D Rindu gila nak makan kat situ. Sengal je kan, padahal tak lame dah nak naik cuti sem, tak sampai seminggu lagi ar. Poyos jew kau ieda! hahaha...




25 June, 2010

Tahniah! (:

Entri aku malam nie direka khas buat seseorang yang bernama Muhammad Nabil. siapa dia? oh oh jangan kamu macam2 oke.. dia adalah adik angkat aku. baik budaknya. pintar pula akalnya. esok dia akan jadi junior aku yang sah! SAH? sah2...eh tu macam dah lain lak bunyik nya. TER merapu lak.. itu lain la babe.hahaha... kenapa aku kate esok dia jadi junior aku yang sah? sebab.......esok dia bakal mendaftarkan diri ke UiTM Perlis dalam bidang PRA-SAINS. bakal saintis adik aku nih! belajar rerajin tau adik..jangan nakal-nakal. Paling penting BOOSTER dalaman itu. Ya, kami memilik idola yang sama. DR.HM TUAH ISKANDAR, pakar motivasi terkenal. Adik Nabil jangan lupe akak oke...!Sekali lagi akak ucapkan TAHNIAH! =)

ini la adik NABIL =)


23 June, 2010

Manis macam gula-gula cinta

Gula-gula chenta.


"gula-gula chenta." manis! sape penah rasa (rasa cinta ke gula-gula cinta ni? confuse lak..huhu) mesti tawu kan betapa manisnya gula-gula chenta itu. wah wah....bestnya la kalau aku dapat makan. seriously aku tak penah jumpa.sian kan? weweee... lau vitamin Champs tu aku penah la makan. yaks...aku tak suka betol bila kena makan vitamin tu waktu kecik dulu!! salu kena paksa ngan mak abah.. makan, makan tu....nanti susah kena demam...sihat... hehee..budak nakal ca aku mane nak, makan pun kejap je, pastu aku takmo makan dah. anyone can bring to me diz kind of gula-gula chenta?heeee ^___^


Menulis dari hati,


14 June, 2010

Yabedabedu...

14 Jun 2010

Maka dengan rasminya, aku ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini, tamatlah pembelajaranku di kursus 3P Adobe Photoshop dan Project Management (EPM). Akhirnya, penantian aku berakhir juga! Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu pada sebulan yang lepas. Tapi bila dah habis ni, rase sedih la pulak. Ramai kawan-kawan baru yang aku temui masa kursus ni, walaupun dah belajar sebumbung kat Puncak kesayangan, tapi aku rasa masa 3P la pertama kalinya aku nampak mereka. Betapa kesian kat aku kan kan, tak kenal senior2 sendiri! Nasib tak kena ragging je..huhu... Mereka semua baik-baik saja. Tapi, biasa la, sifat aku yang malu-malu kucing macam si Zuree tuh tak dapat disangkal lagik. Dalam kelas tuh aku paling pendiam kot! EH....EH mane ade babe, ade je orang lain yang pendiam jugak macam aku. Hihi ^___^ Instructor yang aku dapat pun TERsangat la baik orangnya. Kelvin and Sharon. Both of them are very sweet mweet person! Really MISS both of you... Hari ni exam yang paling dasyat aku rasakan sepanjang aku bergelar mahasiswi. Ecehhhh...skema punya ayat kau. Haha... Apa taknya, aku menghabiskan 50 soalan hanya dalam mase 13 minit ok. Ulang sekali lagi, 13 minit... Percaya tak? Kalau lah semua exam macam ni, alangkah bahagianya aku bila mana di malam exam masih boleh lepakin' makan-makan sambil tengok FIFA 2010! Syok wo0o...!!! Dan pada pukul 12 malam nya baru la aku tergigil-gigil mencarik highlighter bagi memudahkan kerja-kerja menghafal aku. Hafal sampai tertido sambil peluk nota, dengan harapan moga segala ilmu terserap kat minda aku nih. Boleh plak...huhu... (kepada adik-adik di bawah umur, don't try diz at home ok! Jangan tiru kakak yang nakal ni!) Betol-betol abes je exam, my sweet famili arrived =) saing pulak dengan papa my besties. Memang sehati sejiwa betol kami. Famili kami pon sampai pada waktu yang sama tuh! Sebelum balik, nak pi melawat 'adik' angkat kesayangan kakak dulu kat kandang sana. Zuree......Zuree.....mane Zuree ni....dengan muka comelnya dia datang miauuu2 kat aku. Dia takot ngan adik aku, myb dia sangka adik aku nak kidnap dia kot..haha. Sue pon datang jugak follow aku. Siap-siap pegi beli friskies kat kedai 'ane', kami bagi makan kat Zuree and his famili, his 'mama' dan adik3 nya sekali. Bahagianya aku rasa bila dapat menatap muka Zuree sebelum balik. Tapi dia tak semanja di waktu malam. Siang2 dia macam takot-takot. Tak pasti kenapa. Apa yang pasti, aku BAHAGIA dapat peluk Zuree sebelum balik ke JB, walau pada hakikatnya, sedih nak tinggalkan Puncak dan balik bercuti............

ALHAMDULILLAH.
Aku selamat tiba di rumah syurga duniaku pada jam 3 petang selepas makan2 di ARENA FOOD COURT JUSCO TMN U.


Menulis dari hati,

Belajarlah...




Belajar untuk menyukai. Jauhi segala kebencian. Kerana pada hakikatnya suatu kebencian itu adalah penyebab hati menjadi kotor. Riak wajah hilang seri malah mulut juga menuturkan ayat-ayat yang tidak enak untuk menjadi hidangan telinga. Belajar untuk bersyukur apa adanya. Mungkin terselit hikmah dibalik kejadian ini. Ya, itu sememangnya suatu kebenaran yang tidak dapat lagi disangkalkan oleh manusia. Sesungguhnya kita hanya merancang, selebihnya Tuhan yang menentukan. Mungkin bagi kita itulah yang terbaik, itulah yang kita suka, kita mahukannya. Namun, jika bukan itu yang terbaik untuk diri kita, redha lah pada ketentuanNya. Percaya pada takdir Allah S.W.T. Dia perancang terbaik. Hanya Dia mengetahui segala apa ada di muka bumi ini. Dia telah mempersiapkan segala yang TERBAIK untuk diri kita. Terimalah....dengan jiwa tenang, dengan hati terbuka. Dan jangan sesekali putus berdoa...kerana doa mampu mencipta keajaiban....dengan restu Yang Maha Esa. (:

Bertenanglah wahai diriku sayang.....