Showing posts with label Zuree. Show all posts
Showing posts with label Zuree. Show all posts

28 June, 2010

Rindu setengah pengsan...

Hahahaha... (eh, eh kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni...) sebenarnya aku ketawa sebab aku rindu gila-gila dah nie kat semua yang aku paparkan kat bawah tuh! Rinduuuuuuu sangat2! oh tidak...kau betol ke tak ni? Hahaha... Enjoy all the best moment yup! Capturing by me, photographer-to-be... ^___^


Hah itu pintu depan a.k.a pintu masuk Puncak Perdana Campus ok. Abaikan insan yang menaiki moto itu..huhu. Tempat yang aku selalu keluar masuk hari-hari sebab nak pegi beli 'stick' kat depan waktu petang. Kalau korang nak tahu, stick tu adalah makanan yang macam sosej, finger crab eh.. crab finger! Ala, yang cucuk-cucuk kat lidi sate tu... tapi tu dulu la...now aku dah tak makan benda tu lagi sebab aku pegi makan kat 'kandang' je. Kepada korang yang bukan dari Puncak mesti dah tercengang kan dengar nama tu..ulang lagi sekali, Kandang. Heeee :p Bukan tempat binatang ternakan ye kawan-kawan, tu nama gelaran untuk gerai2 makan kat seksyen U10 ni (:


Rindu sama kamu, SUE! :) di atas adalah kawan baik aku, tolong jangan kacau dia, ade kena sebat bontot nanti! hahaha :D gambar tu aku curi snap mase minum petang kat zuree's corner. Dia selalu mengelak nak amik gambar so aku curi amik...jadi mamarazzi kejap aku. :p aku sayang dia sangat2 as my best fren forever, BFF. ^__^ dia selalu ada tika aku bahagia dan derita merindu. Eh kejap, itu tajuk lagu oke...tetibe *__* jom nyanyi ramai2...

Kucing yang paling aku sayang kat sane ialah Zuree. Dia sangat manja dan cute! Tapi dia sangat kuat merajuk dan terasa hati! :p (da macam aku jek..huhu) Bila aku datang kat Zuree's corner tu aku mesti cari dia. Sehari tak jumpa aku jadi tak keruan...haru sungguh aku rase. Makan pun tak senang sebab mata melilau dok carik dia...tup2 aku nampak dia ngan usung kehulu kehilir si tikus mondok...hilang selera aku. Nakal betol dia...dia sengaja main2 ngan benda tu...bukan nak makan pun..saja tunjuk jaguh la tu...haha.. :D Aku selalu angkat dia dok kat riba...tu pun kalau aku tengok dia macam wangi la...hihi..

inilah Zuree hensem aku :)
Rindu nak bagi makan kat dia..mak zuree, zuree serta adik-adik bulu dia.. Selalu aku beli makanan kucing tu kat kedai ane sana..sapa dok Puncak mesti tahu punya mana kedai ane kan..;) Sekali beli RM1 je. Dowang nie cepat muak. Tengok gambar kat bawah tu, si ibu asyik menikmati makanan sampai tak pedulikan si anak dok miau maiu... Aku start bagi kucing ni makan masa sebelum World Cup, Zuree's Corner tutup 2 minggu. So aku sangat lah tidak sampai hati tengok mereka..especially si Zuree yang ditinggalkan tuannya selaku tukang masak kedai ni yang balik kelate. Cian zuree kan, meh kakak bagi makan.. :p

Ibu si zuree bersama salah sekor adik bulu zuree
Kasih ibu membawa ke Syurga :)
Hahaha..aku suka gila gamba ni. Nampa sangat cute kan mereka semua :)) Cube korang tengok, adik bulu zuree yang putih dua ekor nie agak montek kan, sebab mereka dok menyusu tak kira waktu. Asyik dahaga memanjang! Tu yang montel sebab kuat minum susu. Yang lagi sekor tu rileks je...tapi yang tu comey gila. Dia sgt takot kan orang. Agak pasif, tak lincah dan suka bawak haluan sendiri, tak main2 ngan lagi dua nie. Pemalu sikit *__* (eh, cam aku jek :p ) Sokmo ah macam kau..haha..

Nasi goreng cili padi     
Ahaaaaaa.....this is my faveret food oke ^__^ NYUMMY3! Cuma kat zuree corner je yang sedap bagi aku. Kalau kat kedai lain tak dapat sesedap nasi goreng cili padi di situ..Tetiba terliur aku dah ni, adoi2...lapar lak.haha :D Rindu gila nak makan kat situ. Sengal je kan, padahal tak lame dah nak naik cuti sem, tak sampai seminggu lagi ar. Poyos jew kau ieda! hahaha...




14 June, 2010

Yabedabedu...

14 Jun 2010

Maka dengan rasminya, aku ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini, tamatlah pembelajaranku di kursus 3P Adobe Photoshop dan Project Management (EPM). Akhirnya, penantian aku berakhir juga! Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu pada sebulan yang lepas. Tapi bila dah habis ni, rase sedih la pulak. Ramai kawan-kawan baru yang aku temui masa kursus ni, walaupun dah belajar sebumbung kat Puncak kesayangan, tapi aku rasa masa 3P la pertama kalinya aku nampak mereka. Betapa kesian kat aku kan kan, tak kenal senior2 sendiri! Nasib tak kena ragging je..huhu... Mereka semua baik-baik saja. Tapi, biasa la, sifat aku yang malu-malu kucing macam si Zuree tuh tak dapat disangkal lagik. Dalam kelas tuh aku paling pendiam kot! EH....EH mane ade babe, ade je orang lain yang pendiam jugak macam aku. Hihi ^___^ Instructor yang aku dapat pun TERsangat la baik orangnya. Kelvin and Sharon. Both of them are very sweet mweet person! Really MISS both of you... Hari ni exam yang paling dasyat aku rasakan sepanjang aku bergelar mahasiswi. Ecehhhh...skema punya ayat kau. Haha... Apa taknya, aku menghabiskan 50 soalan hanya dalam mase 13 minit ok. Ulang sekali lagi, 13 minit... Percaya tak? Kalau lah semua exam macam ni, alangkah bahagianya aku bila mana di malam exam masih boleh lepakin' makan-makan sambil tengok FIFA 2010! Syok wo0o...!!! Dan pada pukul 12 malam nya baru la aku tergigil-gigil mencarik highlighter bagi memudahkan kerja-kerja menghafal aku. Hafal sampai tertido sambil peluk nota, dengan harapan moga segala ilmu terserap kat minda aku nih. Boleh plak...huhu... (kepada adik-adik di bawah umur, don't try diz at home ok! Jangan tiru kakak yang nakal ni!) Betol-betol abes je exam, my sweet famili arrived =) saing pulak dengan papa my besties. Memang sehati sejiwa betol kami. Famili kami pon sampai pada waktu yang sama tuh! Sebelum balik, nak pi melawat 'adik' angkat kesayangan kakak dulu kat kandang sana. Zuree......Zuree.....mane Zuree ni....dengan muka comelnya dia datang miauuu2 kat aku. Dia takot ngan adik aku, myb dia sangka adik aku nak kidnap dia kot..haha. Sue pon datang jugak follow aku. Siap-siap pegi beli friskies kat kedai 'ane', kami bagi makan kat Zuree and his famili, his 'mama' dan adik3 nya sekali. Bahagianya aku rasa bila dapat menatap muka Zuree sebelum balik. Tapi dia tak semanja di waktu malam. Siang2 dia macam takot-takot. Tak pasti kenapa. Apa yang pasti, aku BAHAGIA dapat peluk Zuree sebelum balik ke JB, walau pada hakikatnya, sedih nak tinggalkan Puncak dan balik bercuti............

ALHAMDULILLAH.
Aku selamat tiba di rumah syurga duniaku pada jam 3 petang selepas makan2 di ARENA FOOD COURT JUSCO TMN U.


Menulis dari hati,