28 February, 2011

Jalan-jalan Cari Makan versi CIK IEDA :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
http://www.cute-smiley.com

Apa khabar anda semua? Harapnya baik-baik aja.Okesh! Jalan-jalan cari makan versi cik Ieda. Jom! Kita pergi ke Restoran Sunda Sawargi. Lokasinya dekat taman perumahan cik ieda, kat Taman Universiti, Skudai, Johor. Restoran ni diasaskan oleh 4 sekawan...dowang guna tema ala2 Jawa... Dari luar memang nampak restoran ni sangat mengujakan. Masuk dalam..FUH! MEMANG CANTIK DEKORASI DIA...
http://www.cute-smiley.com
 wink *_^

oke, amacam cantik tak.. model tanpa bayaran~ my adik..hee
tu dia, mini cooper merah Ieda. (ahha perasan!) tengok tembok dia, ade corak batik lepas jawa. nice!

Oke cukup! Bercerita pasal restoran ni. Ieda mula sedar kewujudannya lepas beberapa kali lalu kat situ dan pernah juga terbaca tentangnya kat Akhbar Sinar Harian. 4 sekawan yang berjaya dalam perniagaan telah sepakat membuka restoran ni. Wah...besh kan? Rasa nak buka restoran jugak ar! Dah lama berangan2 tentang ni. Ada sape2 nak join venture ngan Ieda tak? JOM2!!! =)


First time masuk memang teruja, rasa macam kat Kepulauan Jawa taw! Dengan kain batik lepas yang jadi perhiasan di dinding2...dan pelayan dia pon pakai kemeja dari corak yang lebih kurang sama, BATIK JAWA atau Ieda panggil kain batik lepas. Heee...=__=" Mase bukak je menu yang dia bagi, wah..tercengang habis tengok apa yang ada kat dalamnya. Tak tahu nak order ape! Sebab makanan dia nama semua pelik2...lastly Ieda juz mintak pendapat pelayan tu apa yang special kat sini..

TARAA.............


ini IEDA PUNYERR! Nasi Timbel Special.
Sup jagung untuk Nasi Timbel tu, rase asam rebus taw!


Nasi Timbel tu lengkap dengan segala nutrien penting untuk badan. Ada timun, tomato, sayur kacang panjang, ikan masin, tauhu goreng, tempe goreng, ayam goreng, sambal belacan yang pedas giler dan cucur jagung yang sedap giler! Nyum3... banyak kan dalam nasi timbel nie. Ouh ye lupa nak bitawu, nasi dia korang mesti tak nampak kan? Jeng3... dia besembunyi dalam daun pisang yang digulung... Bila makan, dah macam lemang...memang sedap lah! Teheee... :)

LEMON SQUASH yang segar...

GADO GADO.. Jangan gaduh2 bila nak makan yer..hehe..

Abah dan mak makan bihun bakso...tak sempat nak snap picca. Adik Ieda pulak makan menu sama ngan Ieda. Dia memang nak sama je ngan Ieda. Sibuk! Hahaha.. For me, restoran nie memang menepati citarasa Ieda. Sedap, Selesa, Segar. ( 3 S ) untuk Restoran Sunda Sawargi.

Jom, Jalan Jalan Cari Makan! 

http://www.cute-smiley.com

Sekian dulu dari CIK IEDA =)





   

3 comments: