Showing posts with label harian. Show all posts
Showing posts with label harian. Show all posts

26 December, 2010

Jom tiup belon.


Salam. Hai geng! Apa khabar korang semua? Hari ini hari ke berapa ek aku praktikal...erm lupa pulak. Tapi yang pastinya, ini adalah minggu ke-6 aku di sini, di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), UiTM Shah Alam. Today, mood aku actually tak berapa elok sangat, ada sesuatu yang menggangu gugat hidupku sekarang. Takpela, ada masa nanti aku cerita oke!.... Arini aku dan Sue, my besties ditugaskan untuk mencari newspaper cutting yang berkaitan UiTM. Oh senang betol kerja kami! Suka sangat! Hehe..
Gambar kat atas tu ibarat kami berdua lah, main belon..hahaha... Cumil! ^__^

04 July, 2010

Segalanya bakal bermula

Puncak! Here i come!!!! Lagak bunyi macam happy kan? Tapi hakikat Tuhan je tahu. Rasa macam nak ikut je famili balik siang tadi. Juz pegi register dan hantar barang, pastu aku nak balik JB semula. Pastu esok lusa tulat aku ponteng kelas pertama, then aku merana. HAHAHA.... Tapi tak mungkin mak abah aku benarkan, mau ditinggalkan aku kat highway. Takpun tersepit la aku kat pintu kereta kerana abah tak membenarkan anaknya masuk ke dalam kereta. Ah, cukup sudah berangan ek kau! :p heee.... Hari tu konon rindu sangat dengan Puncak, dah sampai mengada2 lak! Sekarang kau dah menghirup udara Puncak yang tak berapa nak segar macam kat Segamat dulu...so baik duduk diam2 baca buku. Huhu..esok bermulalah kelas pertama aku di semester akhir bergelar seorang mahasisiwi. Last year nie aku bertekad nak belajar sungguh2. Yes! Jika kau fikirkan kau boleh, ya aku boleh! :) Tapi kan, apela nasib aku sem akhir nie la nak dicampakkan ke atas sekali. Dah ler nanti bulan puasa kan, aduh dugaan betol.... Ape pun terjadi aku mesti kuat! Jangan malas2, jangan asyik nak tido aje! Rajin taw! Aku rajin taw, especially turun pegi makan..hahaha...Badan tak naik2 jugak, sebab penat naik tangga agaknya, tu yang tak gemuk2 :p Alasan baikkkk punya. 0k la, aku nak salin jadual untuk esok dan hari2 seterusnya, alamak, mane pen nie! Babai, nak pegi carik pen bawah katil. Huhuhuhu...

30 June, 2010

Koleksi kesayangan

Inilah koleksi kesayangan aku. Ada macam-macam jenis bahan bacaan. Agama, cinta, motivasi dan santai. Aku memang suka beli dan jadikan koleksi tapi baca selalu tak habis2, sebab dah banyak sangat. Huhu.. :p Nanti boleh la aku buat mini library kat rumah aku kelak! Siap dengan DDC segala la aku wat. (ehehe..mentang-mentang la kau librarian-to-be) Aku target nak habiskan baca sebelum naik cuti ni. Go go chaiyok ieda! K la, nak pegi membca..JOM-JOM, SATU BUKU SORANG. Membaca amalan mulia (:
yang bawah sekali tu paling BEST! cube tengok title die :)

14 June, 2010

Yabedabedu...

14 Jun 2010

Maka dengan rasminya, aku ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini, tamatlah pembelajaranku di kursus 3P Adobe Photoshop dan Project Management (EPM). Akhirnya, penantian aku berakhir juga! Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu pada sebulan yang lepas. Tapi bila dah habis ni, rase sedih la pulak. Ramai kawan-kawan baru yang aku temui masa kursus ni, walaupun dah belajar sebumbung kat Puncak kesayangan, tapi aku rasa masa 3P la pertama kalinya aku nampak mereka. Betapa kesian kat aku kan kan, tak kenal senior2 sendiri! Nasib tak kena ragging je..huhu... Mereka semua baik-baik saja. Tapi, biasa la, sifat aku yang malu-malu kucing macam si Zuree tuh tak dapat disangkal lagik. Dalam kelas tuh aku paling pendiam kot! EH....EH mane ade babe, ade je orang lain yang pendiam jugak macam aku. Hihi ^___^ Instructor yang aku dapat pun TERsangat la baik orangnya. Kelvin and Sharon. Both of them are very sweet mweet person! Really MISS both of you... Hari ni exam yang paling dasyat aku rasakan sepanjang aku bergelar mahasiswi. Ecehhhh...skema punya ayat kau. Haha... Apa taknya, aku menghabiskan 50 soalan hanya dalam mase 13 minit ok. Ulang sekali lagi, 13 minit... Percaya tak? Kalau lah semua exam macam ni, alangkah bahagianya aku bila mana di malam exam masih boleh lepakin' makan-makan sambil tengok FIFA 2010! Syok wo0o...!!! Dan pada pukul 12 malam nya baru la aku tergigil-gigil mencarik highlighter bagi memudahkan kerja-kerja menghafal aku. Hafal sampai tertido sambil peluk nota, dengan harapan moga segala ilmu terserap kat minda aku nih. Boleh plak...huhu... (kepada adik-adik di bawah umur, don't try diz at home ok! Jangan tiru kakak yang nakal ni!) Betol-betol abes je exam, my sweet famili arrived =) saing pulak dengan papa my besties. Memang sehati sejiwa betol kami. Famili kami pon sampai pada waktu yang sama tuh! Sebelum balik, nak pi melawat 'adik' angkat kesayangan kakak dulu kat kandang sana. Zuree......Zuree.....mane Zuree ni....dengan muka comelnya dia datang miauuu2 kat aku. Dia takot ngan adik aku, myb dia sangka adik aku nak kidnap dia kot..haha. Sue pon datang jugak follow aku. Siap-siap pegi beli friskies kat kedai 'ane', kami bagi makan kat Zuree and his famili, his 'mama' dan adik3 nya sekali. Bahagianya aku rasa bila dapat menatap muka Zuree sebelum balik. Tapi dia tak semanja di waktu malam. Siang2 dia macam takot-takot. Tak pasti kenapa. Apa yang pasti, aku BAHAGIA dapat peluk Zuree sebelum balik ke JB, walau pada hakikatnya, sedih nak tinggalkan Puncak dan balik bercuti............

ALHAMDULILLAH.
Aku selamat tiba di rumah syurga duniaku pada jam 3 petang selepas makan2 di ARENA FOOD COURT JUSCO TMN U.


Menulis dari hati,

12 June, 2010

Happy in SAD..



Tajuk entri speaking London, berlagak pulak, merepek meraban bau belacan....huhu.. Hari ni hari ahad, 13 Jun 2010. Hari ni hari last aku d Puncak Perdana. Esok habis aje exam yang lebih kurang 15 minit tuh, my sweet beloved tersayunk famili aku dah tunggu nak bawak aku balik. Wa....sungguh mengharukan kepala hotak aku ni. Bila kat sini sibuk merengek kat mak nak balik, sampaikan ada orang tu rindu tahap gaban dan pegi bukak Google Earth semata-mata nak tengok bumbung rumah dia....eh eh...sapo ko dio orangnya? *__* heeee... Bila dapat balik umah, ada lak perasaan yang tak nak balik...ouh ouh gewdix sungguh anak Pakcik Usop ni! Abah abah....Ella takmo balik la...malas nak kemas barang...haha...banyak alasan kau bagi kat bapak ekau yo... Malam ni pegi makan kat Zuree's Corner berbekalkan muka yang sebel, tanpa perasaan. Bagus2...tunjuk la kat semua orang betapa aku sedih dan tak nak tinggalkan Puncak kesayangan aku nih! Ayat tak boleh blah, macam ayat budak Part 6 la pulak...heee.... Ala cuti lebih kurang 3 minggu je, rileks la babe...pastu awal Julai dah naik cuti, esaimen pon dah menanti kau. Pulun je la habis-habisan ye. Sem akhir kot, kena la struggle lebih. (: So berbalik kepada tajuk entri di atas tuh, aku happy sbb akhirnya aku dapat balik ke teratak indah syurga dunia ku kat Skudai sana, tapi in the same time, aku sedih coz kena berpisah dengan besties aku, kucing-kucing kat blok especially si Innocent tuh...pastu takde dah pegi makan sambil tengok bola kat Zuree's Corner macam setiap malam. Takde dah peluk2 kucing comel bernama Zuree tuh..oh2...sedihnya. Konfirm Zuree rindu kat aku nanti kan? Mea0OowwwwWW *__*

26 May, 2010

kenapa dalam hidup nie terlalu banyak kepahitan dari kemanisan?
kadang-kadang aku rasa tak tertahan lagi nak mengharungi hidup nie.
tp kadang-kadang aku pasrah dan berserah.
aku rasa aku nie macam lalang...kejap ley bertahan, kejap tak.
perubahan demi perubahan aku alami.
entah la..aku sendiri tak faham kenapa ada sesetangah orang yang suke berlakon...dan berpura-pura.
mereka tak rasa apa2 kew bile wat cmtu?
mmg la dunia nie adalah pentas lakonan.
tapi kita kena la berpada-pada.
jangan la nampak sgt...mmg ketara la..
nak cakap lebih pon tak boleh..aku pon manusia biasa.
tak lari dari kesilapan.
cuma aku nak ingatkan sesuatu.
what u gives, u will get back.
don't make anything dat u dont want accept from others.
plizzz.......