14 June, 2010

Yabedabedu...

14 Jun 2010

Maka dengan rasminya, aku ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini, tamatlah pembelajaranku di kursus 3P Adobe Photoshop dan Project Management (EPM). Akhirnya, penantian aku berakhir juga! Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu pada sebulan yang lepas. Tapi bila dah habis ni, rase sedih la pulak. Ramai kawan-kawan baru yang aku temui masa kursus ni, walaupun dah belajar sebumbung kat Puncak kesayangan, tapi aku rasa masa 3P la pertama kalinya aku nampak mereka. Betapa kesian kat aku kan kan, tak kenal senior2 sendiri! Nasib tak kena ragging je..huhu... Mereka semua baik-baik saja. Tapi, biasa la, sifat aku yang malu-malu kucing macam si Zuree tuh tak dapat disangkal lagik. Dalam kelas tuh aku paling pendiam kot! EH....EH mane ade babe, ade je orang lain yang pendiam jugak macam aku. Hihi ^___^ Instructor yang aku dapat pun TERsangat la baik orangnya. Kelvin and Sharon. Both of them are very sweet mweet person! Really MISS both of you... Hari ni exam yang paling dasyat aku rasakan sepanjang aku bergelar mahasiswi. Ecehhhh...skema punya ayat kau. Haha... Apa taknya, aku menghabiskan 50 soalan hanya dalam mase 13 minit ok. Ulang sekali lagi, 13 minit... Percaya tak? Kalau lah semua exam macam ni, alangkah bahagianya aku bila mana di malam exam masih boleh lepakin' makan-makan sambil tengok FIFA 2010! Syok wo0o...!!! Dan pada pukul 12 malam nya baru la aku tergigil-gigil mencarik highlighter bagi memudahkan kerja-kerja menghafal aku. Hafal sampai tertido sambil peluk nota, dengan harapan moga segala ilmu terserap kat minda aku nih. Boleh plak...huhu... (kepada adik-adik di bawah umur, don't try diz at home ok! Jangan tiru kakak yang nakal ni!) Betol-betol abes je exam, my sweet famili arrived =) saing pulak dengan papa my besties. Memang sehati sejiwa betol kami. Famili kami pon sampai pada waktu yang sama tuh! Sebelum balik, nak pi melawat 'adik' angkat kesayangan kakak dulu kat kandang sana. Zuree......Zuree.....mane Zuree ni....dengan muka comelnya dia datang miauuu2 kat aku. Dia takot ngan adik aku, myb dia sangka adik aku nak kidnap dia kot..haha. Sue pon datang jugak follow aku. Siap-siap pegi beli friskies kat kedai 'ane', kami bagi makan kat Zuree and his famili, his 'mama' dan adik3 nya sekali. Bahagianya aku rasa bila dapat menatap muka Zuree sebelum balik. Tapi dia tak semanja di waktu malam. Siang2 dia macam takot-takot. Tak pasti kenapa. Apa yang pasti, aku BAHAGIA dapat peluk Zuree sebelum balik ke JB, walau pada hakikatnya, sedih nak tinggalkan Puncak dan balik bercuti............

ALHAMDULILLAH.
Aku selamat tiba di rumah syurga duniaku pada jam 3 petang selepas makan2 di ARENA FOOD COURT JUSCO TMN U.


Menulis dari hati,

No comments:

Post a Comment