Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

28 June, 2010

Rindu setengah pengsan...

Hahahaha... (eh, eh kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni...) sebenarnya aku ketawa sebab aku rindu gila-gila dah nie kat semua yang aku paparkan kat bawah tuh! Rinduuuuuuu sangat2! oh tidak...kau betol ke tak ni? Hahaha... Enjoy all the best moment yup! Capturing by me, photographer-to-be... ^___^


Hah itu pintu depan a.k.a pintu masuk Puncak Perdana Campus ok. Abaikan insan yang menaiki moto itu..huhu. Tempat yang aku selalu keluar masuk hari-hari sebab nak pegi beli 'stick' kat depan waktu petang. Kalau korang nak tahu, stick tu adalah makanan yang macam sosej, finger crab eh.. crab finger! Ala, yang cucuk-cucuk kat lidi sate tu... tapi tu dulu la...now aku dah tak makan benda tu lagi sebab aku pegi makan kat 'kandang' je. Kepada korang yang bukan dari Puncak mesti dah tercengang kan dengar nama tu..ulang lagi sekali, Kandang. Heeee :p Bukan tempat binatang ternakan ye kawan-kawan, tu nama gelaran untuk gerai2 makan kat seksyen U10 ni (:


Rindu sama kamu, SUE! :) di atas adalah kawan baik aku, tolong jangan kacau dia, ade kena sebat bontot nanti! hahaha :D gambar tu aku curi snap mase minum petang kat zuree's corner. Dia selalu mengelak nak amik gambar so aku curi amik...jadi mamarazzi kejap aku. :p aku sayang dia sangat2 as my best fren forever, BFF. ^__^ dia selalu ada tika aku bahagia dan derita merindu. Eh kejap, itu tajuk lagu oke...tetibe *__* jom nyanyi ramai2...

Kucing yang paling aku sayang kat sane ialah Zuree. Dia sangat manja dan cute! Tapi dia sangat kuat merajuk dan terasa hati! :p (da macam aku jek..huhu) Bila aku datang kat Zuree's corner tu aku mesti cari dia. Sehari tak jumpa aku jadi tak keruan...haru sungguh aku rase. Makan pun tak senang sebab mata melilau dok carik dia...tup2 aku nampak dia ngan usung kehulu kehilir si tikus mondok...hilang selera aku. Nakal betol dia...dia sengaja main2 ngan benda tu...bukan nak makan pun..saja tunjuk jaguh la tu...haha.. :D Aku selalu angkat dia dok kat riba...tu pun kalau aku tengok dia macam wangi la...hihi..

inilah Zuree hensem aku :)
Rindu nak bagi makan kat dia..mak zuree, zuree serta adik-adik bulu dia.. Selalu aku beli makanan kucing tu kat kedai ane sana..sapa dok Puncak mesti tahu punya mana kedai ane kan..;) Sekali beli RM1 je. Dowang nie cepat muak. Tengok gambar kat bawah tu, si ibu asyik menikmati makanan sampai tak pedulikan si anak dok miau maiu... Aku start bagi kucing ni makan masa sebelum World Cup, Zuree's Corner tutup 2 minggu. So aku sangat lah tidak sampai hati tengok mereka..especially si Zuree yang ditinggalkan tuannya selaku tukang masak kedai ni yang balik kelate. Cian zuree kan, meh kakak bagi makan.. :p

Ibu si zuree bersama salah sekor adik bulu zuree
Kasih ibu membawa ke Syurga :)
Hahaha..aku suka gila gamba ni. Nampa sangat cute kan mereka semua :)) Cube korang tengok, adik bulu zuree yang putih dua ekor nie agak montek kan, sebab mereka dok menyusu tak kira waktu. Asyik dahaga memanjang! Tu yang montel sebab kuat minum susu. Yang lagi sekor tu rileks je...tapi yang tu comey gila. Dia sgt takot kan orang. Agak pasif, tak lincah dan suka bawak haluan sendiri, tak main2 ngan lagi dua nie. Pemalu sikit *__* (eh, cam aku jek :p ) Sokmo ah macam kau..haha..

Nasi goreng cili padi     
Ahaaaaaa.....this is my faveret food oke ^__^ NYUMMY3! Cuma kat zuree corner je yang sedap bagi aku. Kalau kat kedai lain tak dapat sesedap nasi goreng cili padi di situ..Tetiba terliur aku dah ni, adoi2...lapar lak.haha :D Rindu gila nak makan kat situ. Sengal je kan, padahal tak lame dah nak naik cuti sem, tak sampai seminggu lagi ar. Poyos jew kau ieda! hahaha...




23 June, 2010

Manis macam gula-gula cinta

Gula-gula chenta.


"gula-gula chenta." manis! sape penah rasa (rasa cinta ke gula-gula cinta ni? confuse lak..huhu) mesti tawu kan betapa manisnya gula-gula chenta itu. wah wah....bestnya la kalau aku dapat makan. seriously aku tak penah jumpa.sian kan? weweee... lau vitamin Champs tu aku penah la makan. yaks...aku tak suka betol bila kena makan vitamin tu waktu kecik dulu!! salu kena paksa ngan mak abah.. makan, makan tu....nanti susah kena demam...sihat... hehee..budak nakal ca aku mane nak, makan pun kejap je, pastu aku takmo makan dah. anyone can bring to me diz kind of gula-gula chenta?heeee ^___^


Menulis dari hati,


14 June, 2010

Belajarlah...




Belajar untuk menyukai. Jauhi segala kebencian. Kerana pada hakikatnya suatu kebencian itu adalah penyebab hati menjadi kotor. Riak wajah hilang seri malah mulut juga menuturkan ayat-ayat yang tidak enak untuk menjadi hidangan telinga. Belajar untuk bersyukur apa adanya. Mungkin terselit hikmah dibalik kejadian ini. Ya, itu sememangnya suatu kebenaran yang tidak dapat lagi disangkalkan oleh manusia. Sesungguhnya kita hanya merancang, selebihnya Tuhan yang menentukan. Mungkin bagi kita itulah yang terbaik, itulah yang kita suka, kita mahukannya. Namun, jika bukan itu yang terbaik untuk diri kita, redha lah pada ketentuanNya. Percaya pada takdir Allah S.W.T. Dia perancang terbaik. Hanya Dia mengetahui segala apa ada di muka bumi ini. Dia telah mempersiapkan segala yang TERBAIK untuk diri kita. Terimalah....dengan jiwa tenang, dengan hati terbuka. Dan jangan sesekali putus berdoa...kerana doa mampu mencipta keajaiban....dengan restu Yang Maha Esa. (:

Bertenanglah wahai diriku sayang.....

07 January, 2010

Wanita & Epal



Ini kisah sebiji epal. Sebiji epal yg berada di dahan yang paling tinggi. Jauh dari gapai tangan manusia. Hari itu cuaca begitu indah sekali. Burung berkicauan. Angin begitu santun sekali. Alam berzikir membesarkan Tuhan yg menciptakan. Dalam suasana yg begitu menenangkan setiap hati yg mentauhidkan Allah… si epal tidak dapat menyembunyikan hatinya yg galau. Fikirannya masih lagi berkisar disekitar kerisauan hati. Rahsia hatinya semenjak seminggu lalu tidak dapat lg dibendung. Hatinya risau kerana tiada seorg pun yg ingin memetiknya. ‘Kulitku licin, warnaku merah menggiurkan, rasaku amat manis sekali. Tp kenapa aku masih tak dipetik orang?’, monolognya dalam hati. Sesiapa yg melihat si epal ini pasti tdk dapat terbendung seleranya. Epal tersebut terlalu hairan kerana manusia lebih suka memilih rakan2nya yg berada dibawahnya. ‘Padahal ada diantara rakan2ku yg telah buruk dirosakkan serangga. Bahkan mereka itu tdk mendapat nutrient yg cukup. Aku berada di dahan paling teratas… aku mendapat cahaya matahari dan angin yg paling bersih berbanding rakan2 ku. Apakah manusia tidak pandai menilai yg mana lebih baik?’, hatinya masih tidak puas lg dgn keadaan yg tidak adil itu. Si epal tidak faham dgn manusia2 itu. ‘Bukankah rakan2ku sudah pernah disentuh dan dibelek2 oleh orang… tp kenapa mereka yg menjadi pilihan. Aku masih suci, masih belum tercemar dgn tangan2 manusia. Apa sebenarnya kekurangan diriku?’, hatinya keliru, bingung. Perasaan rendah diri mula menguasai dirinya… semakin hari semakin kuat. Kecewa, bimbang dan kemurungan sudah tak tertanggung. Lalu akhirnya tanpa berfikir panjang si epal pun menjatuhkan dirinya ke tanah. Bukan main gembira lg si epal kerana dia pasti sekejap lg pasti ada manusia yg datang mengambilnya. Siang berganti malam, malam berganti siang. Si epal mulai risau kerana masih tiada seorg pun yg datang mengambilnya. Rakan2nya yg tergantung mudah dicapai tangan juga yg menjadi pilihan manusia. Si epal menjadi sedih… Hari berganti minggu. Akhirnya si epal menjadi busuk dan menjadi habuan ulat. Kasihan si epal… Morale of the story: Wanita ibarat epal. Allah telah menciptakan kaum Hawa dan nilai wanita adalah tinggi disisi Islam. Tidak seperti barat yg selalu melaungkan emansipasi wanita, kononnya mereka mengangkat martabat wanita. Jadilah wanita2 yg terpelihara dan dibentuk dengan acuan Islam. Jangan sesekali merendahkan diri (seperti si epal) setelah Islam mengangkat martabat mu. Sifat malu itulah yg membezakan wanita Islam dgn wanita kafir. Sifat malu itu jugalah yg mengindahkan wanita. Kerana malu itu mahkota wanita Islam. Apabila hilangnya malu, maka hancurlah maruahnya… sanggup menjadi habuan lelaki2 yg ada penyakit dalam hatinya.

28 May, 2009

C.I.N.T.A.

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya..
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia..
Cinta
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain an kamu masih bisa
tersenyum sambil berkata , " Aku turut berbahagia untukmu…."Apabila
cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu..
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi…
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..
Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal..
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh..
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyadari..
Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu..
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah kau buat..
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu..