31 October, 2009
30 October, 2009
Entah la..
MR.DEWEY....Help me..... ;(

Hari nie masuk kali ke-2 g library sbb nak blaja wt DDC (Dewey Decimal Classification)...dan kali ke-2 gak la aku n sue rse nantuk thp gaban kt sane...ngan sejuknye lagi..huu...tol2 x tahan rasenye..pastu lau wt dpt, besh gak, nie try & error...error n error jew...uwaaa....puan tolong kami...!!!!
Aku salu membayangkan yg Pn.Hamidah ade depan aku dan bg tuisyen kt aku...alangkah bahagianya..... tp ia xkn terjadi..haha... Lastly kami g makan kt 'kandang'.... Sejuk gilew arini, ujan dr ptg... x tahannye..... Hati pon rase beku jek...cam x berperasaan, tambah2 tgok hp senyap...x bunyik.. =(
Warghhhhhh....huwaaaa......:'( cedeynyew...takot la nk exam 4hb nie...xpenah rase takot cmnie..... Rase nk mintak tolong jew kt Mr.Dewey....tp dia ade lg kew?ermm......Mr.Dewey, nape susah sgt nie....
13 Tanda Jatuh Cinta
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. - Yup...tol2, x kesah sgt ngan die..x marah pon...hehe
2. Anda akan sentiasa merindui dia. - Mmg rindu sesangat kt die...
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. - A'ah...suke jln slow2, pastu tnye nape jalan laju2 nie.. xpon jln kt blakang die...hehe..cumill...
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.- Dah tentu la...kekeke..
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.- of coz la..
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. - Yup2...nga ckp kt tepon senyum2 jew..lau x ckp pon senyum gak..bile tringat perbualan ngan die, terngiang2 suare die. :)
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. - Rase dunia mase tuh ade kami berdua ajew...xde nmk owg len pon, cmne nk pndang owg len..huhu
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.- hahaha..nie pon nga dgr gak
9. Dia sentiasa di fikiran anda. - ha'ah! every minutes, every seconds! nga tdo pon ingat gak
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.- Lupe la nk tnye die pkai perfume ape..tp yg pasty mmg wangi....bau nye x kuat, lembut jew...tp mmg wt owg tringat....
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. - Tgok pic die smbil senyum2..x kire la kt mane mase 2.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.- selagi termampu dan tak melanggar larangan Allah, insyaAllah akn cube lakukan utk die.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. - YUP2!!! mmg tringat kt die..myb dia tdo mase nie...da kul 12:50 mlm... Gudnite......=)
28 October, 2009
Sakitnya...
Mengapa harus aku yang melaluinya,
Apakah hikmah disebaliknya,
Ingin sekali kutahu hikmahnya,
Apakah ada kebahagiaan yang terselindung?
Apakah ada ubat bagi derita hati ini?
Sesungguhnya sakit ini tidak tertanggung lagi,
Tidak kutahu apa yang bisa mengubatinya...
27 October, 2009
Bicaraku pada BINTANG...(wajib baca)
Tak pernah lupa setiap malam aku berdoa, agar suatu saat aku bisa menggapaimu, menjadi kabut yang ‘kan berarak menujumu. Tak pernah lelah aku bersujud di gelap malam, mengurai air mataku, berharap suatu saat nanti cahayamu menjemputku di sini. Di penantianku.
Kau, bagiku adalah cinta yang paling mesra. Perasaan yang paling dalam, kerinduan yang tak mungkin padam.
Ah.., khayalanku melambung lagi kepadamu malam ini. Sejuta mimpi mengganggu, ketika kau mulai hadir dalam hidupku. Tidakkah engkau tahu, setiap saat aku selalu merindukanmu?
Kau mungkin tak pernah tahu. Kau mungkin tak ‘kan pernah menyangka sedalam apa perasaan yang kupendam. Aku memang tak pernah berkata. Aku memang tak pernah terbuka. Seharusnya aku meminta maaf pada hatiku yang teramat lelah menyimpan rindu, karena kekeluan lidahku tak mampu mengurai semua dalam kata.Lalu kuterdiam. Mataku menatap langit malam yang megah bertahta bintang. Ada kamu bercahaya di tengah angkasa itu. Kau bagiku adalah bintang yang terang, dan aku hanyalah rumput di tengah padang. Jarak kita teramat jauh, dibatasi langit yang membentang. Tapi, harapan takkan pernah putus, bahwa suatu hari nanti kita akan mampu menembus jutaan penghalang, dan saling menggenggam tangan.
Apa kamu tahu, kenapa di antara jariku ada ruang? Aku ingin kau tahu, ruang itu tercipta untukmu. Suatu saat nanti kau akan datang mengisi ruang itu, dan menggenggam jemariku.
26 October, 2009
BUNGA
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :
“Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl: 53
Jadilah bunga yang cantik dan wangi....
17 September, 2009
27 Ramadhan 1430H

08 September, 2009
070909 ~ Penuh dugaan... ~
*********
Akhirnya kami bersetuju utk mmbuat kad tersebut krn katanya, kalau tak mahu d teruskan tak ape.. Nama di form ditulis atas nama kawan baik aku tuh...aku sbg ahli 'menumpang' krn kattanya nak jimat form. RM30 diminta sebagai pendahuluan deposit...selebihnya boleh di bank in shj! Wah..sungguh tak kusangka cempedak menjadi nangka....Beberapa bulan telah berlalu, kami pula menyepikan diri dan juga melarikan diri dari panggilan mereka...walau bertalu2 tetap juga kami biarkan ia...haha..PADAN MUKA kami..krn tak jawab call2 yang berlambak tu lah kami tak tahu yang tempoh talian hayat kami bakal berakhir!
Terkejut besar aku bila kwn aku kata yang dia diberitahu bhw ayahnya akan dinaikkn ke court sekiranya bayaran tak dibuat pada hari tersebut sebelum pukul 5ptg... Cmane nie?kami ade kelas kan! ;'( Takut sgt2...walaupun dia tak call aku, tp aku tetap berkaitan gak ngan cerita nie krn aku pon masuk gak mende nie..huhuhu...tahap gaban aku punya takut waktu tu..nak excuse dr kelas puan tak mungkin berlaku krn kami tak mungkin berjaya melakukannya..hahaha....serius aku cakap...aku mmg takut sgt2... Dah la mase tu kami bawu je belajar mengenal DDC...Dewey Decimal Classification....agak payah nak faham lau tak concentrate.. Kujeling teman ku disebelah...ternyata matanya merah dan berlinangan dengan air! =( Aku tak tahu nk mintak tolong pada siapa lagi...puas sudah aku mencari2 nombor kenalan yang ada dan ternyata mereka tak dapat mmbantu kerana ade hal masing2.. Teman aku berjaya memujuk orang syarikat tuh utk melanjutkan lagi masa..harap2 puan habiskan awal la kelas nie dan sempat la kami 'berlari' ke bank utk melunaskan hutang! "5.30 jew?maknanya lagi 30 minit la kan?", itu la ayat yang terkeluar dari bibir aku..mmg aku sgt terkejut..puan pun takde ura2 nak habiskan kelas lagi..aduh sempat kew?rumit sgt la bnda nie..sakit kepala aku dah..
Kawan aku tuh dah cuba mintak tolong pada abang dia tapi sayang bank kt sana sedang OFF9! Black out lak..haha..rasa cm nak ketawa sekuat hati n then menangis teresak2...sewel sekejap gara2 A..... nie!tension nye... Tiba2 aku teringat sesuatu...TEMAN AKRAB....!!! Mula asalnya ingin bertanya shj sama ada kt pkns ade x cash deposit machine Maybank...tp lastly mintak tolong dia utk bank-in kn ke syarikat tu dlu...sbb rasanya da mmg x sempat nk rush ke luar..Alhamdulillah...sglnya telah selamat.. Berbanyak2 terima kasih dan penghargaan utk teman akrab krn sudi dan percaya kpd sy,dan ingin mmbantu kami berdua..:) Tanpa kamu di saat itu, entah ape yg terjadi skrg nie.......