30 October, 2009

Entah la..

Entri nie xde tujuan. entri nie aku wat sbb aku dah x tahan, hati aku da nk rabak ! Ko tawu x ape die rabak?Bukan koyak ag tp da nk RABAK! Knp msti aku alami mcm nie?Knp cume aku? Knp x die? Knp?Knp??????? Sedih siot! Die langsung x fahami aku.....kejam kn...;'( Rase nak menangis sgt2....aku tahan ajew...

MR.DEWEY....Help me..... ;(


Hari nie masuk kali ke-2 g library sbb nak blaja wt DDC (Dewey Decimal Classification)...dan kali ke-2 gak la aku n sue rse nantuk thp gaban kt sane...ngan sejuknye lagi..huu...tol2 x tahan rasenye..pastu lau wt dpt, besh gak, nie try & error...error n error jew...uwaaa....puan tolong kami...!!!!

Aku salu membayangkan yg Pn.Hamidah ade depan aku dan bg tuisyen kt aku...alangkah bahagianya..... tp ia xkn terjadi..haha... Lastly kami g makan kt 'kandang'.... Sejuk gilew arini, ujan dr ptg... x tahannye..... Hati pon rase beku jek...cam x berperasaan, tambah2 tgok hp senyap...x bunyik.. =(

Warghhhhhh....huwaaaa......:'( cedeynyew...takot la nk exam 4hb nie...xpenah rase takot cmnie..... Rase nk mintak tolong jew kt
Mr.Dewey....tp dia ade lg kew?ermm......Mr.Dewey, nape susah sgt nie....

13 Tanda Jatuh Cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. - Yup...tol2, x kesah sgt ngan die..x marah pon...hehe

2. Anda akan sentiasa merindui dia. - Mmg rindu sesangat kt die...

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. - A'ah...suke jln slow2, pastu tnye nape jalan laju2 nie.. xpon jln kt blakang die...hehe..cumill...

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.- Dah tentu la...kekeke..

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.- of coz la..

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. - Yup2...nga ckp kt tepon senyum2 jew..lau x ckp pon senyum gak..bile tringat perbualan ngan die, terngiang2 suare die. :)

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. - Rase dunia mase tuh ade kami berdua ajew...xde nmk owg len pon, cmne nk pndang owg len..huhu

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.- hahaha..nie pon nga dgr gak

9. Dia sentiasa di fikiran anda. - ha'ah! every minutes, every seconds! nga tdo pon ingat gak

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.- Lupe la nk tnye die pkai perfume ape..tp yg pasty mmg wangi....bau nye x kuat, lembut jew...tp mmg wt owg tringat....

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. - Tgok pic die smbil senyum2..x kire la kt mane mase 2.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.- selagi termampu dan tak melanggar larangan Allah, insyaAllah akn cube lakukan utk die.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. - YUP2!!! mmg tringat kt die..myb dia tdo mase nie...da kul 12:50 mlm... Gudnite......=)

28 October, 2009

Sakitnya...

Betapa sakitnya hati ini Tuhan saja yang tahu...
Ya Allah, sampai bila harus kutanggung derita ini,
Mengapa harus aku yang melaluinya,
Apakah hikmah disebaliknya,
Ingin sekali kutahu hikmahnya,
Apakah ada kebahagiaan yang terselindung?
Apakah ada ubat bagi derita hati ini?
Sesungguhnya sakit ini tidak tertanggung lagi,
Tidak kutahu apa yang bisa mengubatinya...

27 October, 2009

Bicaraku pada BINTANG...(wajib baca)

Kau bagiku adalah bintang yang paling terang, berkelip di angkasa malamku seakan tak pernah lelah memberi keceriaan di dunia. Ketika engkau tampakkan wajah, kau selalu tersenyum sambil kerdipkan mata. Kau menggodaku dengan binar yang tak pernah pudar. Selamanya indah. Tidakkah kau pernah bersedih sekali saja? Oh, bintang...

Tak pernah lupa setiap malam aku berdoa, agar suatu saat aku bisa menggapaimu, menjadi kabut yang ‘kan berarak menujumu. Tak pernah lelah aku bersujud di gelap malam, mengurai air mataku, berharap suatu saat nanti cahayamu menjemputku di sini. Di penantianku.

Kau, bagiku adalah cinta yang paling mesra. Perasaan yang paling dalam, kerinduan yang tak mungkin padam.

Ah.., khayalanku melambung lagi kepadamu malam ini. Sejuta mimpi mengganggu, ketika kau mulai hadir dalam hidupku. Tidakkah engkau tahu, setiap saat aku selalu merindukanmu?

Kau mungkin tak pernah tahu. Kau mungkin tak ‘kan pernah menyangka sedalam apa perasaan yang kupendam. Aku memang tak pernah berkata. Aku memang tak pernah terbuka. Seharusnya aku meminta maaf pada hatiku yang teramat lelah menyimpan rindu, karena kekeluan lidahku tak mampu mengurai semua dalam kata.Lalu kuterdiam. Mataku menatap langit malam yang megah bertahta bintang. Ada kamu bercahaya di tengah angkasa itu. Kau bagiku adalah bintang yang terang, dan aku hanyalah rumput di tengah padang. Jarak kita teramat jauh, dibatasi langit yang membentang. Tapi, harapan takkan pernah putus, bahwa suatu hari nanti kita akan mampu menembus jutaan penghalang, dan saling menggenggam tangan.

Apa kamu tahu, kenapa di antara jariku ada ruang? Aku ingin kau tahu, ruang itu tercipta untukmu. Suatu saat nanti kau akan datang mengisi ruang itu, dan menggenggam jemariku.

26 October, 2009

BUNGA

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

“Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi....

17 September, 2009

27 Ramadhan 1430H


Bosan sungguh hari ini. Rase mcm nak tido je sepanjang hari...agar cepat mase berlalu..hehe.. Aku bangun takde la awal sangat, tak larat nak bangun sbb...ehem2...(syhh,rahsia perempuan) hehe... Bangun kemas beg segala..al-maklum la esok nak balik kampung kan, hoho...JB ieda nak balik nie. =) Tapi nga kemas2 nie tibe2 hati sayu ternampak yayang & spongebob....nak bwak mereka balik tapi....barang da byk...da tak tawu nak isi kt mane..nak peluk pon tak dapat sbb nak pegang beg lg...
Ciannye mereka... ;( tak lena tido ar aku nanti..huk2...

Petangnya kuar dengan roomate,TI..g Giant...bosan la dok umah...tatawu mau wtpe... g Giant pon tatawu gak nak beli ape... Aku ae belikan abah sekotak coklat...hadiah di Syawal mulia.abes tu nk beli baju takot abah tak berkenan nnt die tak mo pkai lak.. Utk mak da belikan tudung dan kerongsang.. Utk adik lak dah beli mercun ngan baju raya..tinggal abah je..tu yg beli coklat utk abah =) Harap abah suke..nnt ley la aku tumpang makan sekali! hik2...nakal sungguh puteri abah nie.. =p

Hajat di hati nak makan nasi ayam kt chicken rice shop, tp meals yg aku nak tu xley lak 'take away'..adoiyai, sengal yg amat...last2 aku beli jew nasi ayam Hainan faveret aku tu... Baru je nak tukar angin, rupanya kena gak mkn yg tu...pastu beli cheezy wedges sebelum balik.. Sampai umah jam 6..lmbat ag nak buka.. (puasa ke?) Persoalan yg terbiar sepi~~ =p

Tak sabar nak tunggu esok...nak balik..............

"balik kampung....o..o..o..balik kampung....!!!"





08 September, 2009

070909 ~ Penuh dugaan... ~

Agak cantik jugak tarikh hari ini...hari ini Nuzul Quran,bersamaan 17 Ramadhan, Selangor cuti. Tapi still tak bmakna jgk coz aku ade kelas ganti dari pukul 2.30 - 6.30ptg. Amek kau.. Huhu..dugaan....demi ilmu kita tak boleh merungut. =) Alkisah aku tak tawu pon sebenarnya puan nak buat kelas smpai jam 6.30..ingatkan sampai jam 4.30 jew... Dah la aku tak selesa ngan keadaan 'sekeliling' waktu tu... Adoiyaii... betul2 dugaan nie.. Tapi tak la sehebat dugaan yang menimpa sahabat karib aku di sebelah. Dia mengalami dugaan yang lebih hebat dr aku gara2 privilege card yang pernah kami daftar suatu ketika dulu di PAS. Mase tu kami baru je nak naik eskelator utk ke aras 2 dan bershopping2, tiba2 kami ditahan oleh seorang pemuda yang berwajah manis dan kata2 juga manis! Ia membuatkan kami terhenti langkah dan mengekorinya utk mendengar penjelasan ttg kad tersebut.Dia kate dengar je pon xpe!

*********

Akhirnya kami bersetuju utk mmbuat kad tersebut krn katanya, kalau tak mahu d teruskan tak ape.. Nama di form ditulis atas nama kawan baik aku tuh...aku sbg ahli 'menumpang' krn kattanya nak jimat form. RM30 diminta sebagai pendahuluan deposit...selebihnya boleh di bank in shj! Wah..sungguh tak kusangka cempedak menjadi nangka....Beberapa bulan telah berlalu, kami pula menyepikan diri dan juga melarikan diri dari panggilan mereka...walau bertalu2 tetap juga kami biarkan ia...haha..PADAN MUKA kami..krn tak jawab call2 yang berlambak tu lah kami tak tahu yang tempoh talian hayat kami bakal berakhir!
Terkejut besar aku bila kwn aku kata yang dia diberitahu bhw ayahnya akan dinaikkn ke court sekiranya bayaran tak dibuat pada hari tersebut sebelum pukul 5ptg... Cmane nie?kami ade kelas kan! ;'( Takut sgt2...walaupun dia tak call aku, tp aku tetap berkaitan gak ngan cerita nie krn aku pon masuk gak mende nie..huhuhu...tahap gaban aku punya takut waktu tu..nak excuse dr kelas puan tak mungkin berlaku krn kami tak mungkin berjaya melakukannya..hahaha....serius aku cakap...aku mmg takut sgt2... Dah la mase tu kami bawu je belajar mengenal DDC...Dewey Decimal Classification....agak payah nak faham lau tak concentrate.. Kujeling teman ku disebelah...ternyata matanya merah dan berlinangan dengan air! =( Aku tak tahu nk mintak tolong pada siapa lagi...puas sudah aku mencari2 nombor kenalan yang ada dan ternyata mereka tak dapat mmbantu kerana ade hal masing2.. Teman aku berjaya memujuk orang syarikat tuh utk melanjutkan lagi masa..harap2 puan habiskan awal la kelas nie dan sempat la kami 'berlari' ke bank utk melunaskan hutang! "5.30 jew?maknanya lagi 30 minit la kan?", itu la ayat yang terkeluar dari bibir aku..mmg aku sgt terkejut..puan pun takde ura2 nak habiskan kelas lagi..aduh sempat kew?rumit sgt la bnda nie..sakit kepala aku dah..


Kawan aku tuh dah cuba mintak tolong pada abang dia tapi sayang bank kt sana sedang OFF9! Black out lak..haha..rasa cm nak ketawa sekuat hati n then menangis teresak2...sewel sekejap gara2 A..... nie!tension nye... Tiba2 aku teringat sesuatu...TEMAN AKRAB....!!! Mula asalnya ingin bertanya shj sama ada kt pkns ade x cash deposit machine Maybank...tp lastly mintak tolong dia utk bank-in kn ke syarikat tu dlu...sbb rasanya da mmg x sempat nk rush ke luar..Alhamdulillah...sglnya telah selamat.. Berbanyak2 terima kasih dan penghargaan utk teman akrab krn sudi dan percaya kpd sy,dan ingin mmbantu kami berdua..:) Tanpa kamu di saat itu, entah ape yg terjadi skrg nie.......

Lepas nie aku akan lebih beringat...bak kata Sue...."pasnie kita kgn terpedaya lg ngan bnda2 cmnie.."...huhuhu...


06 September, 2009

Ralat..

ASSALAMUALAIKUM kwn2 semua:)

Ape khabar? Harap semuanya sihat sokmo.. Hari ini genap Ramadhan yg ke-16...Alhamdulillah segalanya lancar... Maghrib tadi aku berkesempatan berbuka bersama besties 4 ever n ever aku di Giant Seksyen 13, tu pon sbb pegi shopping kt bazar raya kt citu..:) habis RM100++ Juling mata g citu...sane cntik sane murah...adoiyaii...aku salu jew panggil diri sendirik..dan berkata...

"ieda...jangan ieda....x perlu tu semua..dah2..toksah beli la..da byk kt dlm almari 2...!"

Ramai jugak orang arini... mase berbuka pon same..nak buka kt chiken rice shop x dpt lak..smua meja da reserved tuh..adui2...melepas lak..so nak cover tekak punye kempunan nie, aku amik keputusan utk mkn nasi ayam hainan kt food court Giant tuh..sedap gak la...not bad :))

Pas berbuka ala kadar, kami mencarik surau di citu...Rupanya kt luar... Alkisah nak dijadikan cerita..mase lepas aku amik wudhu', aku pon melangkah masuk ke dalam kawasan solat. Tup2 aku rase lantai tu licin giler dan aku nyaris2 tergelincir! Dengan sepenuh hati aku menahan diri supaya tak terjatuh. Mujur ada seorang kakak ku kira umurnya menarik tanganku.. aku rasa macam blur2 waktu tuh..tak tawu nak berpikir rasional, terus je berjalan tanpa apa2 perasaan.. Memang blur la aku mase tu... Kesilapan besar yang aku dah buat ialah........

Aku tak ucap terima kasih kat kakak tu...

Adoiyai..nape aku jadi begitu tadi! Da sampai umah bawu aku sedar yang aku dah wat silap!
kiranya ada yang terbaca nukilan hati ini...dan merupakan kakak yang aku maksudkan itu, harap maaf sangat2, tak berniat di hati ingin melakukan begitu....

TERIMA KASIH AKAK KERANA MEMBANTU TADI....moga Allah membalas jasa baikmu...
:)

03 September, 2009

Semoga panjang umur...


Align Center
02/09/09
Tarikh bersejarah...
Bagi dua insan yang menyambut hari kelahirannya pada tarikh ini...
Buat Muhaydin bin Muri & Nor Azrul Fahmi bin Md Ali

Semoga dengan bertambahnya umur, kalian akan lebih matang,
berbahagia selalu di samping insan tersayang...
Semoga sihat dan diberkati hidup oleh Allah..
insyaAllah :))

HAPPY BUFFDAY!!!

HAPPY BUFFDAY!!!

HAPPY BUFFDAY!!!

p/s: Maaf kerana tiada hadiah yang dapat kusampaikan melainkan sekalung doa buat kalian berdua, semoga apa yang kalian impikan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.....Amin...