08 August, 2009

Lasykar Pelangi

Sinopsis

Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat menegangkan bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.

Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan.

5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus bisa sekolah. Di antara berbagai tantangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kembali harus menghadapi tantangan yang besar. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cobaan demi cobaan?

Novel ini dipenuhi kisah tentang kalangan pinggiran, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis dan tersentuh menghayati gelagat mereka.

p/s :Novel fenomenal LASYKAR PELANGI karyaAndrea Hirata ini harus anda miliki. Ia merupakan sebuah karya yang harus dibaca untuk dinilai dengan mata hati. Plot ceritanya ringan namun tebal dengan nilai moral dan estetika. Terselit metafora yang indah, yang membuatkan kita tersenyum dan tertawa serentak atau menangis pilu bersama-sama wataknya. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang percaya akan adanya pintu keajaiban untuk mengubah dunia pendidikan.Dapatkannya di MPH Bookstore atau kedai2 buku yg terdekat dengan harga RM 28.00 sahaja.


090809 ~ Ahad [Pengalamanku]

Cantik tarikh hari ini...kan? Pagi2 lagi aku dah bangun,menunaikan kewajipan,walaupun tido malam td kul 3 pagi....dah pagi pon! huhu... Apa tak nya, roomate aku semua takde..ada yg balik rumah...dan ada yg bekerja part time..tinggal la aku sengsorang... Pada mulanya tak terasa apa2 juga,namun peristiwa yg dialami teman karibku di rumah sebelah membuatkan diri ini terasa tidak selesa juga.. Aku juga org biasa,normal merasakan perasaan yg ngggak2...=p

Pengalaman mlm td mmg sukar dilupakan... Teringat lagi..kedengaran guruh berdentum,kilat memancar2...sepertinya ingin turun hujan lebat..mmg terasa lain juga namun ku kuatkan semangat dan iman...aku tahu Allah bersamaku.. Aku pasang earfon dan mendengar radio THR GEGAR sampai nk bergegar telinga aku coz aku bukak kuat2...haha..abes nk wat cmana lagi...aku dah tak tahu...nak baca novel Lasykar Pelangi pun tak daya lagi bila keadaan sebegitu. Aku mendengar radio sambil bermesejan dgn seorang teman..hehe..kelakar pula mengenangkan aku yg takut pd mlm td.. (dah pagi berani la... =p)

Entah bila aku terlelap aku pun tak sedar...apa yg pasti lepas tuh aku dah tak sedar lagi..huhu... Tido ku tersentak krn terdengar sesuatu. Sudah pagi rupanya... kehadiran seorang roomate aku yg baru balik keje dgn muka keletihan.. Aku bingkas bangun kerana teringat waktu Subuh yg kian habis... Aku bersyukur ke hadrat Illahi atas segala pertolongan-Nya pd mlm td... Ternyata tak hujan pun,aku melirik ke jalan bawah di tingkap bilikku, tak basah langsung,mmg takde kesan hujan... Syukur...kalau tak tentu aku lg takut...
Your Aura is Blue
Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.
You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah

Careers for you to try: Psychic, Peace Corps Volunteer, Counselor

07 August, 2009

SEORANG muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata. Apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri.

Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana.

Begitu indah salam perkenalan di permulaan buku Hadiah Buat Muslimah, Panduan Asas Fiqah Wanita tulisan pendakwah bebas, Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman.

Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini menyediakan persiapan ilmu bagi kaum muslimah dalam mengharungi hidup yang dihambat pelbagai agenda rumit dan sukar.

Menurut Siti Nor Bahyah, muslimah pada masa ini disifatkan sebagai antara komponen masyarakat yang perlu memiliki ilmu fardu ain yang komprehensif.

"Semua sedia maklum, kaum wanita lebih rapat dengan anak-anak, dan mereka juga menjadi pengurus dalam rumah tangga bahkan mereka juga menjadi pembantu kepada suami.

"Sehubungan itu amat manis jika rohani dan jasmani mereka dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan Islam yang bersumberkan syariat bagi menjana kehidupan lebih sejahtera di dunia dan akhirat," ujarnya.

Tambah beliau, ibadah perlu dilakukan dalam keadaan berilmu supaya ia sah di sisi Allah SWT dan jangan sekali-kali beramal dalam keadaan jahil.

Buku ini terbahagi kepada 11 Bab, Islam dan wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan wanita Islam dan Agama Lain.

"Memandangkan kehidupan seharian wanita sentiasa dipenuhi dengan kesibukan amat wajar mereka menjadikan buku ini sebagai panduan seharian," ujarnya.

Tambah Siti Nor Bahyah, menjadi kebiasaan wanita, bangun seawal pagi, menyibukkan diri dengan urusan rumah tangga, dan kemudian mengurus kerja di pejabat yang tidak pernah selesai.

"Beruntung jika wanita itu ikhlas dengan amalannya. Malah setiap gerakan sendi-sendinya membuahkan pahala kerana semua yang dilakukannya dianggap ibadah oleh Allah. Allah menjanjikan syurga bagi yang taat kepada suami dan sempurna ibadahnya, maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya," kata beliau.

Siti Nor Bahyah memberitahu, buku ini turut memberi ruang kepada muslimah mencari kebaikan dalam menuntut ilmu kerana ia mempunyai pengertian yang mendalam dan perlu dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

"Setiap daripada kita perlu tahu apa itu ilmu beribadah kerana ibadah itu terpimpin dengan syariat, ibadah mendapat pahala dan tidak sia-sia, Tidak berlaku penyelewengan akidah, tahu dan sedar apa yang dikerjakan dan faham sebab dan akibat melakukan sesuatu.'' ujarnya lagi.

Pengisian Hadiah Buat Muslimah menggariskan segala yang terbaik dilakukan seorang muslimah sejati.

Jika cetek pengetahuan tentang puasa, zakat, peranan isteri, datang haid, kekeliruan dalam rumah tangga inilah buku yang anda harus baca.

Ia bukan sekadar untuk wanita bergelar isteri, ibu, kakak dan ibu saudara semata tetapi molek dimiliki seluruh keluarga.

Ia menjadi pembimbing dan pemangkin kesedaran terhadap ilmu akhirat dalam kehidupan wanita. Segala doa yang tidak mampu dihafal ada terkandung dalam buku ini.

Begitu juga semua jenis panduan surah yang boleh dijadikan ikutan dan amalan bagi mencari ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Panduan berumah tangga juga lengkap terisi dalam buku ini. Apa yang patut dilakukan seorang wanita untuk bergelar isteri solehah, ibu mithali dan wanita sejati.

Juga hukum wanita di dalam beberapa perkara berbanding wanita agama lain. Perbezaan yang dimaksudkan bukan memburukkan sesiapa tetapi sekadar dijadikan pengetahuan agar wanita dapat membezakan dan lebih memahami kedudukan dan hak-hak mereka.

Sehubungan itu, kupasan dalam Hadiah Buat Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita mampu memantapkan pengetahuan anda dalam memenuhi tanggungjawab sebagai wanita di dunia dan akhirat.

Seperti penutup kata di bahagian akhir buku ini, "kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat." (Imam al-Ghazali)

06 August, 2009

Angel of Kenny

Cute!!!

Gembira

Comel tak?

Tentu lah comel..tak tawu la lau ade yg kate tak...

Ada kew?

Ni simbolik pd mood saya hari ini...

Khamis~6 Ogos 2009

=))

Kenapa?

Saya pon x pasti..

Enjoy2 kan dirimu...

Tepis saja semua rasa tak selesa ya...

(PESANAN DARI KHIDMAT MASYARAKAT)



05 August, 2009

Suria Cinta ~ Suria FM




Segmen ni mmg sgt best...
Cube la dengar, mesti jatuh cinta dan nak dengar hari2..
Setiap hari kul 11 mlm - 2 pg.

Now pon tengah dengar lagi..
Sambil wat assignment E-marketplace..
Terbuai-buai dek kenangan lalu,
mengimbau segala pahit manis menjalani kehidupan,
semuanya adalah pengalaman berharga =)

04 August, 2009

040809~Selasa yang meletihkan...

Seperti biasa di setiap pagi yg hening,menjalankan rutin harian... Ikhlas melakukannya...:)
Pergi ke kelas pd jam 10...PC MAINTENANCE II... Terasa lambat masa berlalu...aduh...knp terasa seperti sudah lama belajar,hari ni bernasib baik krn kelas Puan Hamidah takde...kalau tak dr kul 8 straight smpai 12...petang lak 2 hingga 5...huhu....seperti robot pengumpul maklumat...=p En.Azman...perutku terasa berkeroncong....cepatlah berhenti...cukuplah sampai di sini...

Jam 2.10...kelas Puan Hasnah... wlaupon keletihan tetapi terasa sungguh menyeronokkan...SWOT & PEST analysis:) (terima kasih teman akrab krn memberitahu apa itu 'disposable income' ya...) Kelas berakhir jam 4.30 atas permintaan semua..hehe...otak nie dah tepu la...tak dapat nak memproses lagi...keletihan sungguh hari ini...


02 August, 2009

[ 2 Ogos 2009 ]

Kembali ke Shah Alam.... Puncak....ieda dtg.....hahaha...:D
Naik bus kol 9 pg..agak2 smpai kol 2 la...5jam kn...
Hurm......:( sedey lak nak tinggalkan famili....dan hadiah paling disayangi yg baru jew dpt sempena bufday 12 Julai..
Takpe la...tinggalkan dia lebih baik dr membawanya...sempat juga bergambar ngan dia...huhuuu..cedey taw..
Perut still sakit n denyut2 lagi nie..mntak2 xde ape2 la dlm bus nnt..nie pun da masuk hari ke-4 sakit perut da hilang..

Alhamdulillah semua berjalan lancar:) sampai awal 30 minit... Sue,my bestfren setia menanti di terminal Seksyen 17..
tunggu bus T529 punya ar lama..penat tol..beg dah berat nie..ramai gilew dak Uitm bawu sampai..seminggu cuti la katakan..huhu..
Turun kt PKNS...nk g MCd.. Sambil tuh jenguk2 gak pesta buku...cuma dek krn trlalu penat...so tgok2 ajew...nak beli pon cm tak tawu nak beli buku ape.. Ramai org kt sane especially famili la...bawa anak2 mereka:)) nnt aku pon camtu la...bwk anak g library...g pesta buku...huhu berangan laks...=p

Tak mkn pon kt MCd, beli n then mkn kt tepi tasik sana..romantik la sgt..haha...lau la ade bunyi gitar smbil2 mkn tuh msty best kan...smbil mnikmati MC VALUE LUNCH...tambah lak kicauan burung2...hehehe...:D Alamak...perut aku sakit lak..aduiii..cmne nie..nak naik bus jap lg..belum tentu dapat duduk nie.ramai org kn...Dalam bus kena bdiri...ramai mat bangla..tetibe aku rase perut nie cm bergelodak jew...sakit nye Tuhan je tahu...dan aku rase mual sgt....huwaaaa...cmane nie...xkan aku nak muntah lak kt dlm bus yg ramai owg nie... TAK MUNGKIN!!!! tahan2....smpai je puncak..turun kt bus stop tuh aku terus jew.............=[ Hurm....sakitnyew.....rse cm nyawa2 ikan da mase tuh...syukur ade teman setia yg selalu menemani aku...thx SUE =)

Begitulah pengalaman aku...semua gara2 makan cempedak goreng terlebey suda...nie la akibat nya...angin satu badan....4 hari menanggung seksa...huhu...mungkin lepas nie aku akn lebih beringat....

[ 1 Ogos 2009 ] ~ Mega sales :)

Salam...yuhuuuu...maaf la terlambat coret utk hari smlm..x sempat babe...huhu... Best sgt smlm...ieda g shopping kt UO Plaza Angsana...ade sales...UO MEMBER card day...mmg byk yg cantik2 .. ape yg cantik??? haha..of coz la baju :)) hehe...ala bese la..gurl kn ske shopping.. x gitu?? ;D (maaf teman akrab...pinjam sat naaa...hehe)

Ieda beli 2 psg baju jew...1 tuh kemeja....1 lg dress kaler purple...cute sgt...sbb tuh nk gak beli die..hik2..
n then balik nye ptg...coz jenjalan ngan famili pusing 1 angsana tuh...balik2 jew my luv grandma kol...ckp windu kt cucu ksayangan die nie..hehe..abah pon ajak la balik jap jumpe die coz esok pon da nk balik s.a smule kn...
tu yg x sempat nk unlyne...balik da mlm.....kms beg n tdo....