11 February, 2011

Entri panjang berjela ~Percutian "hebat"~

Asalamualaikum semua. 

Sudah hampir 2 minggu saya di teratak keluarga, di hometown tercinta, Johor Bahru. Tetiba teringat sebuah iklan faveret masa dulu-dulu, "kenapa saya suka rumah saya?"..."sebab rumah saya bestttt!" huhuhu.... Ya, memang rumah saya memang best. Apa tidaknya, dikelilingi orang yang saya sayang, cinta dan kasih. Walaupun dalam keluarga yang kecil tapi saya bahagia. :) Nampak gaya macam entri kali ini bertema kekeluargaan! Hebat cik ieda! Haha..

Actually, saya nak bercerita tentang percutian saya yang "hebat" sebelum Gong Xi Fa Cai yang lalu dimana saya telah pergi berjalan-jalan ke Kuantan bersama si kembar sama tak serupa saya, Cik Putry Seroja. Percutian yang sepatutnya mengambil masa 3H 2M menjadi hanya sehari sahaja!!! Dasyat kan? Apa tak nya, report practical yang sepatutnya siap awal tak menjadi, rupa-rupanya banyak yang nak kena buat,  buat dan buat sehingga la kami tersedar yang hari sudah pun menjadi Jumaat. Selepas kami bergegas menghantar ke Seksyen 2 untuk di bind hard cover, ternyata akhirnya keputusan dibuat yang kami ke Kuantan pada hari Isnin sahaja. Abang kedai tu cakap report kami hanya akan siap pada petang ahad. Huh...mengeluh pun tak berguna lagi. Sabtu dipenuhi dengan warna-warni shopping kat Times Square. Sungguh meriah! Kaum Chinese berpusu-pusu membeli, kami turut sama menyelit membeli belah. Maka dengan itu terbang lah duit-duit saya bagaikan ade sayap Angel! Barang kat situ sangat la murah! Cik Ieda jadi rambang mata dibuatnya....huhuhu.. Haisy.... >__< (maaf tiada gambar untuk barang2 yang dibeli kerana ianya amat banyak, sungguh memalukan!..hihihi..)

 Bahagia rasa bila dah siap akhirnya report praktikal saya. Siap di binding hard cover. Alhamdulillah. Tamat la gelaran pelajar. Berakhirnya zaman belajar, yang penuh dengan suka duka canda tawa ria segala.... Yang sebenarnya saya rindu sekali pada zaman itu. (eceh...bila masa belajar sibuk je nak habis, dah habis sibuk pulak nak rindu bagai..hahaha. :D ) Dan bila Isnin menjelma, kami pun berbesar hati bangun pagi untuk ke Titiwangsa station bus bagi mendapatkan tiket terawal ke Kuantan. Seingat saya sampai kat sana jam 9 pagi, awal tak? Apa tidaknya, pukul 6 suku pagi dah naik bus dari Puncak Perdana - Shah Alam. Hebat2! :)

Tiket Maraliner ke Kuantan! I got it! yeah..

Gambar di atas adalah salah sebuah beg saya bersama dua keping tiket ke Kuantan. Banyak bawak barang sebab nak terus balik ke JB keesokan harinya. Ha...itulah yang dikatakan "hebat" percutian kali ni. Sampai Kuantan petang, esok pagi tiket balik JB dah menanti. Bila masanya nak jalan2??? Huuuu....masa tu saya redha je. Tunggu dan lihat, getus hati waktu itu.




Tengok tu, sempat lagi! Hehe... Gambar ni masa kat dalam bas, selepas kejadian memalukan berlaku. Nak tawu? Seat kami berdua ialah 3B dan 3C. Oleh kerana terlalu excited dapat naik bas, saya tersalh pilih seat. Dan kami tersedar bila dua orang jejaka macho pandang-pandang kami sambil pandang tiket2 mereka. Eh apehal pulak mamat ni, ada masalah cakap jela kan. Jeng3...datang abang yang check tiket  sambil meminta tiket kami, eh mane pulak tiket nya nie, hilang serta merta! :P tengok punya tengok, tilik punya tilik, kami di perli kerana tak pandai tengok no.seat. Haih malunya! Ape ni ieda, berangan heh!!! Malu tak terhingga sebab kami dah makan ala2 berkelah tepi pantai, dengan bersila atas seat, jajan, keropok dan kekacang segala dah siap terhidang, tiba-tiba salah seat. Sepatutnya seat kami di depan, bukan 4B dan 4C sayang oi. Cepat-cepat pindah depan dan sambung berkelah! Malu2... *_*


Tengok, lepas kejadian memalukan, snap gambar pun dah macam tak reti. Ape daaa...masing-masing sebelah mata je masuk.hihi... Perjalanan begitu mengujakan. Ini kali kedua untuk saya pergi ke Pahang. Hijau bukit-bukau sejuk mata memandang. Tambah-tambah lagi hujan kt merata alam....hui sejuk giler...memang best tido kan. 3 jam masa yang diambil terasa sangat lama, tido, bangun tido bangun tak sampai juga. Rasa muka dah basi giler waktu tu. Tengok orang sebelah pon dah lentok. Sambung tido la, ape lagi. ;P

Sampai Kuantan dalam pukul 1. Dijemput oleh mak andak cik sue yang kebetulan sedang rehat tengahari. Dibawa ke rumahnya di UiTM Bukit Sekilau, sebab mak andak ni Penyelia Asrama situ. Mak andak masak special untuk kami, ape lagi kalau bukan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK yang begitu terkenal kat area Temerloh sana. Wah, perut yang lapar bagaikan menjerit minta di isi dengan cepat. Serius sedap sangat2! Walaupun pertama kali cube makan ikan patin, terus je jatuh cinta pandangan pertama! hehehe.... maaf lah terlupa sangat nak ambil gambar sebab masa tu tak ingat dah benda lain kecuali makan. :) Then petang tu kami merayap ke sekitar Kuantan..jalan2 sambil shopping! Yay, saya suker..



makan Twister jek..

Amboi..hehehe..


Pada sebelah malam, mak andak bawak bersiar-siar ke Pantai Teluk Cempedak, tapi tak turun, just dengan kereta je sebab hujan turun lebat sangat. OUCH takut banjir je kan....tapi masa tu dah pegi tukar tiket sebab taknak ikut Segamat, ambil bas yang lalu Mersing, kalau tidak tak tahu la cmane rupanya saya berenang merentasi banjir tu, cam dugong ke cam duyung agak-agak....haha...

ke Pantai Sepat


Keesokan harinya, sebelum balik, mak andak bawak ke Pantai Tanjung Sepat untuk makan2 before naik bas..6 jam tau nak sampai ke JB! Huhuu.. Tapi tulah kan, saya kalau nak naik bas, memang tak boleh masuk makanan yang berat sebab entahla...dah memang begitu gaya perut..dah terbiasa sejak kecil, bimbang sakit perut dalam bas.. ;) masa tu saya hanya ambil cekodok pisang 5 biji dan kek cokelat untuk mengalas perut. tak lupa teh O suam, my faveret! wink *__^ Tepat jam 12 tengahari, saya pulang ke JB menaiki pesawat Transnasional yang memakan masa selama 6jam. Terima kasih Sue dan Mak Andak beliau. Percutian saya tamat di situ, percutian yang hebat. Hanya sehari! :)

2 comments:

  1. hehe bestnya ida :D, congrats dear :)

    ReplyDelete
  2. mmg besh! sehari jew...cm name cik saha gak..cik sehari..hehehe =D tq yaa 4 da wish...gud luck 4 u too.:)

    ReplyDelete