28 February, 2011

Jalan-jalan Cari Makan versi CIK IEDA :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
http://www.cute-smiley.com

Apa khabar anda semua? Harapnya baik-baik aja.Okesh! Jalan-jalan cari makan versi cik Ieda. Jom! Kita pergi ke Restoran Sunda Sawargi. Lokasinya dekat taman perumahan cik ieda, kat Taman Universiti, Skudai, Johor. Restoran ni diasaskan oleh 4 sekawan...dowang guna tema ala2 Jawa... Dari luar memang nampak restoran ni sangat mengujakan. Masuk dalam..FUH! MEMANG CANTIK DEKORASI DIA...
http://www.cute-smiley.com
 wink *_^

oke, amacam cantik tak.. model tanpa bayaran~ my adik..hee
tu dia, mini cooper merah Ieda. (ahha perasan!) tengok tembok dia, ade corak batik lepas jawa. nice!

Oke cukup! Bercerita pasal restoran ni. Ieda mula sedar kewujudannya lepas beberapa kali lalu kat situ dan pernah juga terbaca tentangnya kat Akhbar Sinar Harian. 4 sekawan yang berjaya dalam perniagaan telah sepakat membuka restoran ni. Wah...besh kan? Rasa nak buka restoran jugak ar! Dah lama berangan2 tentang ni. Ada sape2 nak join venture ngan Ieda tak? JOM2!!! =)


First time masuk memang teruja, rasa macam kat Kepulauan Jawa taw! Dengan kain batik lepas yang jadi perhiasan di dinding2...dan pelayan dia pon pakai kemeja dari corak yang lebih kurang sama, BATIK JAWA atau Ieda panggil kain batik lepas. Heee...=__=" Mase bukak je menu yang dia bagi, wah..tercengang habis tengok apa yang ada kat dalamnya. Tak tahu nak order ape! Sebab makanan dia nama semua pelik2...lastly Ieda juz mintak pendapat pelayan tu apa yang special kat sini..

TARAA.............


ini IEDA PUNYERR! Nasi Timbel Special.
Sup jagung untuk Nasi Timbel tu, rase asam rebus taw!


Nasi Timbel tu lengkap dengan segala nutrien penting untuk badan. Ada timun, tomato, sayur kacang panjang, ikan masin, tauhu goreng, tempe goreng, ayam goreng, sambal belacan yang pedas giler dan cucur jagung yang sedap giler! Nyum3... banyak kan dalam nasi timbel nie. Ouh ye lupa nak bitawu, nasi dia korang mesti tak nampak kan? Jeng3... dia besembunyi dalam daun pisang yang digulung... Bila makan, dah macam lemang...memang sedap lah! Teheee... :)

LEMON SQUASH yang segar...

GADO GADO.. Jangan gaduh2 bila nak makan yer..hehe..

Abah dan mak makan bihun bakso...tak sempat nak snap picca. Adik Ieda pulak makan menu sama ngan Ieda. Dia memang nak sama je ngan Ieda. Sibuk! Hahaha.. For me, restoran nie memang menepati citarasa Ieda. Sedap, Selesa, Segar. ( 3 S ) untuk Restoran Sunda Sawargi.

Jom, Jalan Jalan Cari Makan! 

http://www.cute-smiley.com

Sekian dulu dari CIK IEDA =)





   

18 February, 2011

Jadikan teladan, wahai wanita.♥♥♥

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
http://www.cute-smiley.com

Hai kawan-kawan semua... Hope kamu semua dalam keadaan sihat hendaknya. Tak kemane2 ke cuti hujung minngu ni? Ieda biasalah, duduk terperap di rumah je, kalau famili ajak keluar barulah Ieda akan ikut. Keluar dengan kawan-kawan? Ieda tak biasa sangat, biasa keluar pun dengan 'kembar' tak seiras Ieda, tapi sekarang dia ada kat Pahang. Sejak habis praktikal ni, Ieda balik duduk rumah je, sambil membaca buku-buku motivasi ataupun novel. Bakal librarian haruslah mencintai buku, ye tak?  
http://www.cute-smiley.com
 
Ini adalah salah satu buku yang Ieda sedang baca. 
Walaupun kita tak bersedih sekarang, tapi ianya bagus sekali untuk dibaca terutama bagi kaum Hawa. Ia sangat membantu Ieda untuk lebih yakin, tabah, redha dan pasrah dengan segala ketentuan yang Allah berikan. Kita akan rasa sentiasa berbahagia dalam hidup. Kalau korang tak percaya, beli, dan bacalah. Memang takkan rasa rugi, malah terasa gembira je.^__^
http://www.cute-smiley.com

Ada serangkap kata-kata yang sangat memberi kesan kepada diri Ieda sehinggalah sekarang. Meh Ieda kongsikan dengan korang semua ya...:)

Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama ASIYAH (isteri Firaun),
setia dari KHADIJAH (isteri Nabi S.A.W. yang pertama),
jujur dari AISYAH (isteri Nabi yang paling muda umurnya)
dan teguh hati dari FATIMAH (puteri Nabi S.A.W.)~♥

12 February, 2011

Beruang madu =)

Tetiba teringat pada honey bear a.k.a beruang madu. Hari tu aku ada la usik2 seorang kawan ni, terus je termasuk cerita tentang si honey bear ni. Tak sangka yang beruang madu ni comel rupanya. :)


Beruang madu atau nama saintifiknya Helarctos malayanus merupakan spesies beruang yang terkecil dari 8 jenis beruang yang ada di dunia. di dalam bahasa inggeris, beruang madu dikenali sebagai Sun Bear. (bukan honey bear ye cik ieda...hehe..) Beruang madu (Helarctos malayanus) amat menyukai sarang lebah dan menjadikan madu sebagai makanan kesukaannya.  
hey adik cumil.... ;)

Ciri-ciri Beruang Madu
  • Panjang tubuh sekitar 1.4 meter dengan tinggi lebih kurang 70 cm.
  • Beruang madu dewasa mempunyai berat tubuh antara 50-65 kg.
  • Beruang madu sebagai beruang terkecil diantara jenis-jenis beruang lainnya yang terdapat di dunia
  • Beruang madu berwarna hitam, dengan bulu yang keputih-putihan atau kuning yang berbentuk “V” di dadanya.
  • Muncungnya berwarna lebih cerah dari warna dadanya
  • Beruang madu mempunyai kuku yang panjang-panjang dan terdiri dari masing-masing lima pada sepasang kaki depan dan belakang.

Beruang madu hidup di hutan-hutan dataran rendah, hutan perbukitan, dan perbukitan atas sampai ketinggian 1.500 meter. Penyebarannya mulai dari Bangladesh; Brunei Darussalam, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Vietnam. Di Indonesia, Beruang madu terdapat di Pulau Sumatera dan Kalimantan.


Beruang madu memakan binatang-binatang kecil, burung, ayam hutan, buah-buahan dan daun-daun tertentu terutama pucuk-pucuk. Makanan yang paling disukainya ialah sarang lebah (anak beserta madunya), oleh kerana itulah binatang ini disebut beruang madu”. Caranya seekor beruang memangsa sebuah sarang madu, ialah dengan memasukkan kuku­2 kaki depannya ke dalam sebuah sarang yang sudah ada madunya, lalu menjilat madu beserta anak lebah itu dari dalamnya. Kegiatan mencari makan dilakukan pada malam hari.


Beruang madu banyak diburu manusia kerana ia punya nilai jual beli yang cukup tinggi. Ia sering kali menjadi bahan dagangan di pasaran gelap seperti hempedu, daging dan bulu beruang dewasa. Apapun, semoga beruang madu yang merupakan spesies terkecil ini masih tetap mampu bertahan di habitatnya yang asli.
cumil kan die tido camtu :"))


p/s: nak bela beruang madu boley tak? cumil la die..hihik2..... (^__^)





    

11 February, 2011

Bahagianya dia! (:

Suatu petang, di Hutan Bandar berhampiran Taman Mutiara Rini, membawa si kecil NAZIRUL FAKHRULLAH bersiar-siar di sana. Bahagia benar dia walaupun mulanya kelihatan malu-malu arnab gituh..hihi.... Jom layan pic si kecil ni... :)


si kecil yang malu2 pada awalnya.

mane lah dapat si bulu tangkis buruk tu..

cumil gigi dier..

mula menunjukkan aksi! ;")

pandang aweks camtu sekali ye?;)

fakhrul merajuk pulak

macam pesta layang-layang kan ;>

banyak sangat...

asyik tengok layang2

mak dan abah tersayang.

hey fakhrul, pandang la lensa!

hehe..cumil jek.

my ABAH! <3

PEJAM mata lak cik ieda nih.

comelnya die...

si kecil yang aktif.

ini GAMBA YANG PALING SAYA SHUKER.... SWEET kan? ;)







   


Entri panjang berjela ~Percutian "hebat"~

Asalamualaikum semua. 

Sudah hampir 2 minggu saya di teratak keluarga, di hometown tercinta, Johor Bahru. Tetiba teringat sebuah iklan faveret masa dulu-dulu, "kenapa saya suka rumah saya?"..."sebab rumah saya bestttt!" huhuhu.... Ya, memang rumah saya memang best. Apa tidaknya, dikelilingi orang yang saya sayang, cinta dan kasih. Walaupun dalam keluarga yang kecil tapi saya bahagia. :) Nampak gaya macam entri kali ini bertema kekeluargaan! Hebat cik ieda! Haha..

Actually, saya nak bercerita tentang percutian saya yang "hebat" sebelum Gong Xi Fa Cai yang lalu dimana saya telah pergi berjalan-jalan ke Kuantan bersama si kembar sama tak serupa saya, Cik Putry Seroja. Percutian yang sepatutnya mengambil masa 3H 2M menjadi hanya sehari sahaja!!! Dasyat kan? Apa tak nya, report practical yang sepatutnya siap awal tak menjadi, rupa-rupanya banyak yang nak kena buat,  buat dan buat sehingga la kami tersedar yang hari sudah pun menjadi Jumaat. Selepas kami bergegas menghantar ke Seksyen 2 untuk di bind hard cover, ternyata akhirnya keputusan dibuat yang kami ke Kuantan pada hari Isnin sahaja. Abang kedai tu cakap report kami hanya akan siap pada petang ahad. Huh...mengeluh pun tak berguna lagi. Sabtu dipenuhi dengan warna-warni shopping kat Times Square. Sungguh meriah! Kaum Chinese berpusu-pusu membeli, kami turut sama menyelit membeli belah. Maka dengan itu terbang lah duit-duit saya bagaikan ade sayap Angel! Barang kat situ sangat la murah! Cik Ieda jadi rambang mata dibuatnya....huhuhu.. Haisy.... >__< (maaf tiada gambar untuk barang2 yang dibeli kerana ianya amat banyak, sungguh memalukan!..hihihi..)

 Bahagia rasa bila dah siap akhirnya report praktikal saya. Siap di binding hard cover. Alhamdulillah. Tamat la gelaran pelajar. Berakhirnya zaman belajar, yang penuh dengan suka duka canda tawa ria segala.... Yang sebenarnya saya rindu sekali pada zaman itu. (eceh...bila masa belajar sibuk je nak habis, dah habis sibuk pulak nak rindu bagai..hahaha. :D ) Dan bila Isnin menjelma, kami pun berbesar hati bangun pagi untuk ke Titiwangsa station bus bagi mendapatkan tiket terawal ke Kuantan. Seingat saya sampai kat sana jam 9 pagi, awal tak? Apa tidaknya, pukul 6 suku pagi dah naik bus dari Puncak Perdana - Shah Alam. Hebat2! :)

Tiket Maraliner ke Kuantan! I got it! yeah..

Gambar di atas adalah salah sebuah beg saya bersama dua keping tiket ke Kuantan. Banyak bawak barang sebab nak terus balik ke JB keesokan harinya. Ha...itulah yang dikatakan "hebat" percutian kali ni. Sampai Kuantan petang, esok pagi tiket balik JB dah menanti. Bila masanya nak jalan2??? Huuuu....masa tu saya redha je. Tunggu dan lihat, getus hati waktu itu.




Tengok tu, sempat lagi! Hehe... Gambar ni masa kat dalam bas, selepas kejadian memalukan berlaku. Nak tawu? Seat kami berdua ialah 3B dan 3C. Oleh kerana terlalu excited dapat naik bas, saya tersalh pilih seat. Dan kami tersedar bila dua orang jejaka macho pandang-pandang kami sambil pandang tiket2 mereka. Eh apehal pulak mamat ni, ada masalah cakap jela kan. Jeng3...datang abang yang check tiket  sambil meminta tiket kami, eh mane pulak tiket nya nie, hilang serta merta! :P tengok punya tengok, tilik punya tilik, kami di perli kerana tak pandai tengok no.seat. Haih malunya! Ape ni ieda, berangan heh!!! Malu tak terhingga sebab kami dah makan ala2 berkelah tepi pantai, dengan bersila atas seat, jajan, keropok dan kekacang segala dah siap terhidang, tiba-tiba salah seat. Sepatutnya seat kami di depan, bukan 4B dan 4C sayang oi. Cepat-cepat pindah depan dan sambung berkelah! Malu2... *_*


Tengok, lepas kejadian memalukan, snap gambar pun dah macam tak reti. Ape daaa...masing-masing sebelah mata je masuk.hihi... Perjalanan begitu mengujakan. Ini kali kedua untuk saya pergi ke Pahang. Hijau bukit-bukau sejuk mata memandang. Tambah-tambah lagi hujan kt merata alam....hui sejuk giler...memang best tido kan. 3 jam masa yang diambil terasa sangat lama, tido, bangun tido bangun tak sampai juga. Rasa muka dah basi giler waktu tu. Tengok orang sebelah pon dah lentok. Sambung tido la, ape lagi. ;P

Sampai Kuantan dalam pukul 1. Dijemput oleh mak andak cik sue yang kebetulan sedang rehat tengahari. Dibawa ke rumahnya di UiTM Bukit Sekilau, sebab mak andak ni Penyelia Asrama situ. Mak andak masak special untuk kami, ape lagi kalau bukan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK yang begitu terkenal kat area Temerloh sana. Wah, perut yang lapar bagaikan menjerit minta di isi dengan cepat. Serius sedap sangat2! Walaupun pertama kali cube makan ikan patin, terus je jatuh cinta pandangan pertama! hehehe.... maaf lah terlupa sangat nak ambil gambar sebab masa tu tak ingat dah benda lain kecuali makan. :) Then petang tu kami merayap ke sekitar Kuantan..jalan2 sambil shopping! Yay, saya suker..



makan Twister jek..

Amboi..hehehe..


Pada sebelah malam, mak andak bawak bersiar-siar ke Pantai Teluk Cempedak, tapi tak turun, just dengan kereta je sebab hujan turun lebat sangat. OUCH takut banjir je kan....tapi masa tu dah pegi tukar tiket sebab taknak ikut Segamat, ambil bas yang lalu Mersing, kalau tidak tak tahu la cmane rupanya saya berenang merentasi banjir tu, cam dugong ke cam duyung agak-agak....haha...

ke Pantai Sepat


Keesokan harinya, sebelum balik, mak andak bawak ke Pantai Tanjung Sepat untuk makan2 before naik bas..6 jam tau nak sampai ke JB! Huhuu.. Tapi tulah kan, saya kalau nak naik bas, memang tak boleh masuk makanan yang berat sebab entahla...dah memang begitu gaya perut..dah terbiasa sejak kecil, bimbang sakit perut dalam bas.. ;) masa tu saya hanya ambil cekodok pisang 5 biji dan kek cokelat untuk mengalas perut. tak lupa teh O suam, my faveret! wink *__^ Tepat jam 12 tengahari, saya pulang ke JB menaiki pesawat Transnasional yang memakan masa selama 6jam. Terima kasih Sue dan Mak Andak beliau. Percutian saya tamat di situ, percutian yang hebat. Hanya sehari! :)