31 December, 2010

Bunga Api!!!!


01-01-11

YAY!!!  

Selamat Tahun Baru kawan-kawan.... 

Semoga segala impian kita akan tercapai. 

Amin...

30 December, 2010

Jangan kau ucap selamat tinggal

Salam 1 Malaysia. Malaysia Boleh!!! Hai semua! Masing-masing sedang asyik menikmati cuti peristiwa yang Dato' Najib bagi sempena kemenangan Harimau Malaya kan, kan.. Amboi2, suka u'olzz kan.. Begitu la juga dengan I.. I rase heppi sesangat bila semalam kat ofis riuh giler bercakap tentang cuti arini. Ouh2...tak payah bersusah payah nak apply MC semata2 nak berehat kan..;> I ingat nak pegi sambut tahun bru malam nie kat I-City, but nampak gaya cam tak jadik ar. Sori Anis Que dan Seri Aliyanti. Kami tak pantas untuk ke sana..hehe.. Today, I ngan my rumate ada keje penting nak d langsaikan. Ape die? Yeehaa...kemas barang!!! Kami nak pindah esok, tahun baru masuk rumah baru. Ouh seronok gilew ah! Meskipun berpindah hanya ke level atas, tapi I rasa bahagia. Tapi ada jugak yang sedihnya, yela..pasnih tak dapat lagi nak tengok Kolej Puncak Perdana dari tingkap bilik macam sekarang nie..sob sob..;'( Tapi tak apelah, demi keselesaan...kami berpindah juga. Setahun beb kontrak rumah sewa baru nie! Jadik, ape lagi...setahun lagik ar I ade tercongok kat Puncak nie..tulah..sayang sangat lah katekan! Weheeee..korang-korang yang dok kat area sini jangan muntah lak tengok muka I kat sini ek.. dah Masuk 3 tahun la ni berkampung kat Puncak.InshaAllah habis je praktikal 20 Jan nie, I  dan my besties, Putry Seroja nak sambung SKP pulak kat PTAR 1 tu..nak bagi staff semua familiar ngan wajah kite orang yang cumil nie..Ahaks! (sila muntah dulu..) Ngeee... Ramai librarian yang bagi nasihat kat kami camtu. UiTM di hatiku.....! Yayy! Memang niat di hati nak kerja kat UiTM je, tak kisah la location or cawangan kt mane. (:

Actually pagi tadi aku dapat berita GUMBIRA. PTPTN dah kuar! Yahoo! Boleh pegi shopping... Hello Ieda! Kau jangan lupa ye, duit tu simpan untuk kegunaan masa depan, 2011 nanti lagi banyak kau nak pakai duit. HaHA.. Ahad nie kami nak pegi berjoli! Nak borong 1 Giant. Takpun Pasaraya HERO jela..takdela melampau sangat, ye tak?hihi.. RM 3300 tu banyak jugak kan, tapi takdela membazir. Adik2 sekalian, MEMBAZIR TU AMALAN SIAPA? cepat jawab, cepat2..:D


Apa AZAM tahun baru u'olzz???^__^


27 December, 2010

Terbanglah Duhai Rerama

 "Sejak mula kerja ni macam mana hidup kau?"
"Biasa saja. Pagi keluar pergi kerja, petang balik kerja, malamnya makan dan rehat."
"5 hari seminggu itu rutin kau? Tak bosan ke, bro?"
"Apa lagi boleh buat? Malam of course nak rehat, esok nak kerja lagi."
"Hujung minggu buat apa?"
"Haha. Kau tanya macam lah kau tak kenal aku. Macam belajar dulu juga la. Lepas Subuh, tidur puas-puas. Kalau tak keluar ke mana-mana, layan movie atau k-drama lah. bro"

Soalannya : Jika ini ialah rutin anda, selesakah begini ???

Menjadi ulat lebih bahagia?


Di sebuah tasik, tinggallah satu populasi ulat pemakan daun. Ulat-ulat ini begitu bahagia berkawan dan menjamu daun-daun hijau dari pokok-pokok kecil di sekitar tasik itu. Tidak sekalipun mereka terfikir untuk meninggalkan tasik itu, berhijrah ke kawasan lain, merasai enaknya daun-daun lain. Mereka takut, apa yang mereka ada sekarang adalah yang terbaik dan tidak ada di mana-mana tempat lain. Sayang sebab takut!

Sesekali, mereka bersedih bila ada antara mereka yang memanjat pada batang bunga lili, dan hilang tidak muncul lagi. Mereka faham benar, bila ini terjadi, kawan-kawan mereka telah tiada, mati dan hilang entah ke mana!

Suatu hari, seekor ulat teringin memanjat batang bunga lili tersebut. Desakan dalamannya kuat, bagaimanapun dirinya pernah diingatkan agar tidak sekali-kali berbuat begitu. Nekad, si ulat akan memanjat batang pokok lili tersebut, dan ia berjanji pada dirinya untuk kembali kepada kawan-kawannya di sini.


Sampai di puncak batang bunga lili, si ulat ini kepenatan. Hangat mentari betul-betul membuatnya mengantuk. Si ulat mahu tidur sebentar. Ketika si ulat sedang tidur, badannya berubah. Bila si ulat ini bangun, ia melihat badannya tidak lagi seperti dulu, malah mempunyai sepasang sayap yang cantik.


Terbanglah Duhai Rerama!


Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. Dia kini boleh terbang! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sahaja sebelum ini.

 Terbanglah, sayang!


Keluarlah dari Kepompong Selesa

Ayuh, keluarlah dari kepompong selesa kita. Hidup ini terlalu indah untuk dijalani dengan rutin yang sama. Jalanilah dengan indah!

Hidup ini adalah tanggungjawab. Sesekali, pandanglah ke kiri dan ke kanan kita. Apakah kita tidak punya tanggungjawab lain selain apa yang kita ada sekarang? Apakah kita tidak akan dipertangungjawabkan di atas semua kelalaian ini?

Sesungguhnya, kita semua adalah pemimpin, bukan? Dan pastinya kita akan ditanya tentang semua ini, tentang bagaimana kita menjalani hidup. Hiduplah untuk kekal hidup. :))


 Comel tak baby nie? Baby butterfly! ^__^
Nanti boleh la beli baju cenggini..hehehe

Sumber asal: iluvislam.com

Pelengkap hidupku

Pelengkap hidupku - EREN feat ROMI
Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


Lagu nie besh sesangat especially bagi penggemar Kangen Band..coz Eren adalah salah seorang vokalis band tuh. Suara die yang lunak memang buat sesape yang dengar lagu tu akan terbuai-buai kejap..hehe.. Berminat? Try la download, dah dengar, bgtawu saya okesh! ;>


Klik d bawah ye,

Ayat besh!

"SEMUA YANG TERJADI BUKAN HANYA UNTUK DIDENGARI ATAU DILIHAT 
TETAPI UNTUK DITELITI DAN DIKAJI"

Sumber dari: 




26 December, 2010

Sabar itu indah.

"Hadapilah kenyataan yang tidak ada jalan keluar darinya. Anda kelak akan menjumpainya di dunia ini hal2 yang anda tidak mampu mengubahnya, tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya berbekal kesabaran dan iman."
Renungilah firman ALLAH Taala:
Ertinya:
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.:
Al-Ma'arij-5

Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu, apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu? Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan ALLAH...DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang telah ditentukan ALLAH.Dengan itu hati menjadi sabar, tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersusah hati. Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah. Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan. Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah.
 
 
Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya,
Dia menuju pintu kebahagian,
Kebaikan ada dalam kesabaran,
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala.
 
AMIN, INSHA'ALLAH... 

Jom tiup belon.


Salam. Hai geng! Apa khabar korang semua? Hari ini hari ke berapa ek aku praktikal...erm lupa pulak. Tapi yang pastinya, ini adalah minggu ke-6 aku di sini, di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), UiTM Shah Alam. Today, mood aku actually tak berapa elok sangat, ada sesuatu yang menggangu gugat hidupku sekarang. Takpela, ada masa nanti aku cerita oke!.... Arini aku dan Sue, my besties ditugaskan untuk mencari newspaper cutting yang berkaitan UiTM. Oh senang betol kerja kami! Suka sangat! Hehe..
Gambar kat atas tu ibarat kami berdua lah, main belon..hahaha... Cumil! ^__^

23 December, 2010

Wohooo...rindu banget sih!


Rindu sangat kat budak kecik nih! 
Dah masuk 2 bulan tak jumpe dia. 
Rindu nak kacau die. Hehe..jahat jek.
Name budak kecik cumey nie Nazirul Fakhrullah Bin Ramli.
Haa..nama panjang aku bagi..
Hensem tak nama dia?
seHENSEM orang nye..
Kepala botak2...
Rambut halus2..
Kulit putih mulus..

AWW...
so CUTE!


fAKHRUL, RINDU LA NAK GIGET KAMU! HUK2...