04 July, 2010

Halwa telinga

TANPAMU - IN-TEAM

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Ku lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Segalanya bakal bermula

Puncak! Here i come!!!! Lagak bunyi macam happy kan? Tapi hakikat Tuhan je tahu. Rasa macam nak ikut je famili balik siang tadi. Juz pegi register dan hantar barang, pastu aku nak balik JB semula. Pastu esok lusa tulat aku ponteng kelas pertama, then aku merana. HAHAHA.... Tapi tak mungkin mak abah aku benarkan, mau ditinggalkan aku kat highway. Takpun tersepit la aku kat pintu kereta kerana abah tak membenarkan anaknya masuk ke dalam kereta. Ah, cukup sudah berangan ek kau! :p heee.... Hari tu konon rindu sangat dengan Puncak, dah sampai mengada2 lak! Sekarang kau dah menghirup udara Puncak yang tak berapa nak segar macam kat Segamat dulu...so baik duduk diam2 baca buku. Huhu..esok bermulalah kelas pertama aku di semester akhir bergelar seorang mahasisiwi. Last year nie aku bertekad nak belajar sungguh2. Yes! Jika kau fikirkan kau boleh, ya aku boleh! :) Tapi kan, apela nasib aku sem akhir nie la nak dicampakkan ke atas sekali. Dah ler nanti bulan puasa kan, aduh dugaan betol.... Ape pun terjadi aku mesti kuat! Jangan malas2, jangan asyik nak tido aje! Rajin taw! Aku rajin taw, especially turun pegi makan..hahaha...Badan tak naik2 jugak, sebab penat naik tangga agaknya, tu yang tak gemuk2 :p Alasan baikkkk punya. 0k la, aku nak salin jadual untuk esok dan hari2 seterusnya, alamak, mane pen nie! Babai, nak pegi carik pen bawah katil. Huhuhuhu...