30 June, 2010

Koleksi kesayangan

Inilah koleksi kesayangan aku. Ada macam-macam jenis bahan bacaan. Agama, cinta, motivasi dan santai. Aku memang suka beli dan jadikan koleksi tapi baca selalu tak habis2, sebab dah banyak sangat. Huhu.. :p Nanti boleh la aku buat mini library kat rumah aku kelak! Siap dengan DDC segala la aku wat. (ehehe..mentang-mentang la kau librarian-to-be) Aku target nak habiskan baca sebelum naik cuti ni. Go go chaiyok ieda! K la, nak pegi membca..JOM-JOM, SATU BUKU SORANG. Membaca amalan mulia (:
yang bawah sekali tu paling BEST! cube tengok title die :)

28 June, 2010

Rindu setengah pengsan...

Hahahaha... (eh, eh kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni...) sebenarnya aku ketawa sebab aku rindu gila-gila dah nie kat semua yang aku paparkan kat bawah tuh! Rinduuuuuuu sangat2! oh tidak...kau betol ke tak ni? Hahaha... Enjoy all the best moment yup! Capturing by me, photographer-to-be... ^___^


Hah itu pintu depan a.k.a pintu masuk Puncak Perdana Campus ok. Abaikan insan yang menaiki moto itu..huhu. Tempat yang aku selalu keluar masuk hari-hari sebab nak pegi beli 'stick' kat depan waktu petang. Kalau korang nak tahu, stick tu adalah makanan yang macam sosej, finger crab eh.. crab finger! Ala, yang cucuk-cucuk kat lidi sate tu... tapi tu dulu la...now aku dah tak makan benda tu lagi sebab aku pegi makan kat 'kandang' je. Kepada korang yang bukan dari Puncak mesti dah tercengang kan dengar nama tu..ulang lagi sekali, Kandang. Heeee :p Bukan tempat binatang ternakan ye kawan-kawan, tu nama gelaran untuk gerai2 makan kat seksyen U10 ni (:


Rindu sama kamu, SUE! :) di atas adalah kawan baik aku, tolong jangan kacau dia, ade kena sebat bontot nanti! hahaha :D gambar tu aku curi snap mase minum petang kat zuree's corner. Dia selalu mengelak nak amik gambar so aku curi amik...jadi mamarazzi kejap aku. :p aku sayang dia sangat2 as my best fren forever, BFF. ^__^ dia selalu ada tika aku bahagia dan derita merindu. Eh kejap, itu tajuk lagu oke...tetibe *__* jom nyanyi ramai2...

Kucing yang paling aku sayang kat sane ialah Zuree. Dia sangat manja dan cute! Tapi dia sangat kuat merajuk dan terasa hati! :p (da macam aku jek..huhu) Bila aku datang kat Zuree's corner tu aku mesti cari dia. Sehari tak jumpa aku jadi tak keruan...haru sungguh aku rase. Makan pun tak senang sebab mata melilau dok carik dia...tup2 aku nampak dia ngan usung kehulu kehilir si tikus mondok...hilang selera aku. Nakal betol dia...dia sengaja main2 ngan benda tu...bukan nak makan pun..saja tunjuk jaguh la tu...haha.. :D Aku selalu angkat dia dok kat riba...tu pun kalau aku tengok dia macam wangi la...hihi..

inilah Zuree hensem aku :)
Rindu nak bagi makan kat dia..mak zuree, zuree serta adik-adik bulu dia.. Selalu aku beli makanan kucing tu kat kedai ane sana..sapa dok Puncak mesti tahu punya mana kedai ane kan..;) Sekali beli RM1 je. Dowang nie cepat muak. Tengok gambar kat bawah tu, si ibu asyik menikmati makanan sampai tak pedulikan si anak dok miau maiu... Aku start bagi kucing ni makan masa sebelum World Cup, Zuree's Corner tutup 2 minggu. So aku sangat lah tidak sampai hati tengok mereka..especially si Zuree yang ditinggalkan tuannya selaku tukang masak kedai ni yang balik kelate. Cian zuree kan, meh kakak bagi makan.. :p

Ibu si zuree bersama salah sekor adik bulu zuree
Kasih ibu membawa ke Syurga :)
Hahaha..aku suka gila gamba ni. Nampa sangat cute kan mereka semua :)) Cube korang tengok, adik bulu zuree yang putih dua ekor nie agak montek kan, sebab mereka dok menyusu tak kira waktu. Asyik dahaga memanjang! Tu yang montel sebab kuat minum susu. Yang lagi sekor tu rileks je...tapi yang tu comey gila. Dia sgt takot kan orang. Agak pasif, tak lincah dan suka bawak haluan sendiri, tak main2 ngan lagi dua nie. Pemalu sikit *__* (eh, cam aku jek :p ) Sokmo ah macam kau..haha..

Nasi goreng cili padi     
Ahaaaaaa.....this is my faveret food oke ^__^ NYUMMY3! Cuma kat zuree corner je yang sedap bagi aku. Kalau kat kedai lain tak dapat sesedap nasi goreng cili padi di situ..Tetiba terliur aku dah ni, adoi2...lapar lak.haha :D Rindu gila nak makan kat situ. Sengal je kan, padahal tak lame dah nak naik cuti sem, tak sampai seminggu lagi ar. Poyos jew kau ieda! hahaha...




25 June, 2010

Tahniah! (:

Entri aku malam nie direka khas buat seseorang yang bernama Muhammad Nabil. siapa dia? oh oh jangan kamu macam2 oke.. dia adalah adik angkat aku. baik budaknya. pintar pula akalnya. esok dia akan jadi junior aku yang sah! SAH? sah2...eh tu macam dah lain lak bunyik nya. TER merapu lak.. itu lain la babe.hahaha... kenapa aku kate esok dia jadi junior aku yang sah? sebab.......esok dia bakal mendaftarkan diri ke UiTM Perlis dalam bidang PRA-SAINS. bakal saintis adik aku nih! belajar rerajin tau adik..jangan nakal-nakal. Paling penting BOOSTER dalaman itu. Ya, kami memilik idola yang sama. DR.HM TUAH ISKANDAR, pakar motivasi terkenal. Adik Nabil jangan lupe akak oke...!Sekali lagi akak ucapkan TAHNIAH! =)

ini la adik NABIL =)


23 June, 2010

Manis macam gula-gula cinta

Gula-gula chenta.


"gula-gula chenta." manis! sape penah rasa (rasa cinta ke gula-gula cinta ni? confuse lak..huhu) mesti tawu kan betapa manisnya gula-gula chenta itu. wah wah....bestnya la kalau aku dapat makan. seriously aku tak penah jumpa.sian kan? weweee... lau vitamin Champs tu aku penah la makan. yaks...aku tak suka betol bila kena makan vitamin tu waktu kecik dulu!! salu kena paksa ngan mak abah.. makan, makan tu....nanti susah kena demam...sihat... hehee..budak nakal ca aku mane nak, makan pun kejap je, pastu aku takmo makan dah. anyone can bring to me diz kind of gula-gula chenta?heeee ^___^


Menulis dari hati,


14 June, 2010

Yabedabedu...

14 Jun 2010

Maka dengan rasminya, aku ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini, tamatlah pembelajaranku di kursus 3P Adobe Photoshop dan Project Management (EPM). Akhirnya, penantian aku berakhir juga! Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu pada sebulan yang lepas. Tapi bila dah habis ni, rase sedih la pulak. Ramai kawan-kawan baru yang aku temui masa kursus ni, walaupun dah belajar sebumbung kat Puncak kesayangan, tapi aku rasa masa 3P la pertama kalinya aku nampak mereka. Betapa kesian kat aku kan kan, tak kenal senior2 sendiri! Nasib tak kena ragging je..huhu... Mereka semua baik-baik saja. Tapi, biasa la, sifat aku yang malu-malu kucing macam si Zuree tuh tak dapat disangkal lagik. Dalam kelas tuh aku paling pendiam kot! EH....EH mane ade babe, ade je orang lain yang pendiam jugak macam aku. Hihi ^___^ Instructor yang aku dapat pun TERsangat la baik orangnya. Kelvin and Sharon. Both of them are very sweet mweet person! Really MISS both of you... Hari ni exam yang paling dasyat aku rasakan sepanjang aku bergelar mahasiswi. Ecehhhh...skema punya ayat kau. Haha... Apa taknya, aku menghabiskan 50 soalan hanya dalam mase 13 minit ok. Ulang sekali lagi, 13 minit... Percaya tak? Kalau lah semua exam macam ni, alangkah bahagianya aku bila mana di malam exam masih boleh lepakin' makan-makan sambil tengok FIFA 2010! Syok wo0o...!!! Dan pada pukul 12 malam nya baru la aku tergigil-gigil mencarik highlighter bagi memudahkan kerja-kerja menghafal aku. Hafal sampai tertido sambil peluk nota, dengan harapan moga segala ilmu terserap kat minda aku nih. Boleh plak...huhu... (kepada adik-adik di bawah umur, don't try diz at home ok! Jangan tiru kakak yang nakal ni!) Betol-betol abes je exam, my sweet famili arrived =) saing pulak dengan papa my besties. Memang sehati sejiwa betol kami. Famili kami pon sampai pada waktu yang sama tuh! Sebelum balik, nak pi melawat 'adik' angkat kesayangan kakak dulu kat kandang sana. Zuree......Zuree.....mane Zuree ni....dengan muka comelnya dia datang miauuu2 kat aku. Dia takot ngan adik aku, myb dia sangka adik aku nak kidnap dia kot..haha. Sue pon datang jugak follow aku. Siap-siap pegi beli friskies kat kedai 'ane', kami bagi makan kat Zuree and his famili, his 'mama' dan adik3 nya sekali. Bahagianya aku rasa bila dapat menatap muka Zuree sebelum balik. Tapi dia tak semanja di waktu malam. Siang2 dia macam takot-takot. Tak pasti kenapa. Apa yang pasti, aku BAHAGIA dapat peluk Zuree sebelum balik ke JB, walau pada hakikatnya, sedih nak tinggalkan Puncak dan balik bercuti............

ALHAMDULILLAH.
Aku selamat tiba di rumah syurga duniaku pada jam 3 petang selepas makan2 di ARENA FOOD COURT JUSCO TMN U.


Menulis dari hati,

Belajarlah...




Belajar untuk menyukai. Jauhi segala kebencian. Kerana pada hakikatnya suatu kebencian itu adalah penyebab hati menjadi kotor. Riak wajah hilang seri malah mulut juga menuturkan ayat-ayat yang tidak enak untuk menjadi hidangan telinga. Belajar untuk bersyukur apa adanya. Mungkin terselit hikmah dibalik kejadian ini. Ya, itu sememangnya suatu kebenaran yang tidak dapat lagi disangkalkan oleh manusia. Sesungguhnya kita hanya merancang, selebihnya Tuhan yang menentukan. Mungkin bagi kita itulah yang terbaik, itulah yang kita suka, kita mahukannya. Namun, jika bukan itu yang terbaik untuk diri kita, redha lah pada ketentuanNya. Percaya pada takdir Allah S.W.T. Dia perancang terbaik. Hanya Dia mengetahui segala apa ada di muka bumi ini. Dia telah mempersiapkan segala yang TERBAIK untuk diri kita. Terimalah....dengan jiwa tenang, dengan hati terbuka. Dan jangan sesekali putus berdoa...kerana doa mampu mencipta keajaiban....dengan restu Yang Maha Esa. (:

Bertenanglah wahai diriku sayang.....

12 June, 2010

Meaoowww....

Ituh Zuree name die...Zuree kesayangan aku! ^__^
Sebelum 'kakak' balik, dengar sini 'kakak' nak pesan....
Jangan tangkap dan main-main lagi ngan tikus mondok tu, kesian dia taw.Dengar cakap ur mama taw, jangan kacau adik3 kau yang kecik comey tuh. (kena guna nombor 3 sebab kau ade adik 3 ekor kan...hahaha...)
Jangan lupa mintak makan kat tuan kau si tukang masak sodap tu, suruh dia masak ayam masak gajus ke, eh eh..tak sedap lak kan, ok la suruh dia masak nasi goreng ikan masin untuk kau ek... :) Confirm kau suka kan kan. Alolo comey nya dia. (yang comey Zuree ok! bukan tuan dia...hahaha) Oh ya satu lagi, jangan cepat merajuk taw, kalau kau mengiau kat sape-sape yang makan kat situ tapi dowang tak nak bagi kau sikit pun ayam or ikan bilis dowang, kau gigit jek kaki dowang! hahhaha..jahat nye aku! eh eh, Zuree jangan wat cenggitu ok, 'kakak' sebat bontot nanti..heeee ^^, Kalau tuan kau buat tak tawu je kat kau dan sibuk tengok bola or wateva, kau meaoww2 kat dia banyak-banyak kali bagi dia rimas ok...ingatkan dia yang kau tu tak makan lagi, kalau dia buat tak tahu jugak, kau tepon je 'kakak' kat JB dan report kat 'kakak' ok! SET! HEEeee..

Aku bakal merinduimu Mea0wwW.

Jumpa lagi nanti. :(


Happy in SAD..



Tajuk entri speaking London, berlagak pulak, merepek meraban bau belacan....huhu.. Hari ni hari ahad, 13 Jun 2010. Hari ni hari last aku d Puncak Perdana. Esok habis aje exam yang lebih kurang 15 minit tuh, my sweet beloved tersayunk famili aku dah tunggu nak bawak aku balik. Wa....sungguh mengharukan kepala hotak aku ni. Bila kat sini sibuk merengek kat mak nak balik, sampaikan ada orang tu rindu tahap gaban dan pegi bukak Google Earth semata-mata nak tengok bumbung rumah dia....eh eh...sapo ko dio orangnya? *__* heeee... Bila dapat balik umah, ada lak perasaan yang tak nak balik...ouh ouh gewdix sungguh anak Pakcik Usop ni! Abah abah....Ella takmo balik la...malas nak kemas barang...haha...banyak alasan kau bagi kat bapak ekau yo... Malam ni pegi makan kat Zuree's Corner berbekalkan muka yang sebel, tanpa perasaan. Bagus2...tunjuk la kat semua orang betapa aku sedih dan tak nak tinggalkan Puncak kesayangan aku nih! Ayat tak boleh blah, macam ayat budak Part 6 la pulak...heee.... Ala cuti lebih kurang 3 minggu je, rileks la babe...pastu awal Julai dah naik cuti, esaimen pon dah menanti kau. Pulun je la habis-habisan ye. Sem akhir kot, kena la struggle lebih. (: So berbalik kepada tajuk entri di atas tuh, aku happy sbb akhirnya aku dapat balik ke teratak indah syurga dunia ku kat Skudai sana, tapi in the same time, aku sedih coz kena berpisah dengan besties aku, kucing-kucing kat blok especially si Innocent tuh...pastu takde dah pegi makan sambil tengok bola kat Zuree's Corner macam setiap malam. Takde dah peluk2 kucing comel bernama Zuree tuh..oh2...sedihnya. Konfirm Zuree rindu kat aku nanti kan? Mea0OowwwwWW *__*