07 January, 2010

Wanita & Epal



Ini kisah sebiji epal. Sebiji epal yg berada di dahan yang paling tinggi. Jauh dari gapai tangan manusia. Hari itu cuaca begitu indah sekali. Burung berkicauan. Angin begitu santun sekali. Alam berzikir membesarkan Tuhan yg menciptakan. Dalam suasana yg begitu menenangkan setiap hati yg mentauhidkan Allah… si epal tidak dapat menyembunyikan hatinya yg galau. Fikirannya masih lagi berkisar disekitar kerisauan hati. Rahsia hatinya semenjak seminggu lalu tidak dapat lg dibendung. Hatinya risau kerana tiada seorg pun yg ingin memetiknya. ‘Kulitku licin, warnaku merah menggiurkan, rasaku amat manis sekali. Tp kenapa aku masih tak dipetik orang?’, monolognya dalam hati. Sesiapa yg melihat si epal ini pasti tdk dapat terbendung seleranya. Epal tersebut terlalu hairan kerana manusia lebih suka memilih rakan2nya yg berada dibawahnya. ‘Padahal ada diantara rakan2ku yg telah buruk dirosakkan serangga. Bahkan mereka itu tdk mendapat nutrient yg cukup. Aku berada di dahan paling teratas… aku mendapat cahaya matahari dan angin yg paling bersih berbanding rakan2 ku. Apakah manusia tidak pandai menilai yg mana lebih baik?’, hatinya masih tidak puas lg dgn keadaan yg tidak adil itu. Si epal tidak faham dgn manusia2 itu. ‘Bukankah rakan2ku sudah pernah disentuh dan dibelek2 oleh orang… tp kenapa mereka yg menjadi pilihan. Aku masih suci, masih belum tercemar dgn tangan2 manusia. Apa sebenarnya kekurangan diriku?’, hatinya keliru, bingung. Perasaan rendah diri mula menguasai dirinya… semakin hari semakin kuat. Kecewa, bimbang dan kemurungan sudah tak tertanggung. Lalu akhirnya tanpa berfikir panjang si epal pun menjatuhkan dirinya ke tanah. Bukan main gembira lg si epal kerana dia pasti sekejap lg pasti ada manusia yg datang mengambilnya. Siang berganti malam, malam berganti siang. Si epal mulai risau kerana masih tiada seorg pun yg datang mengambilnya. Rakan2nya yg tergantung mudah dicapai tangan juga yg menjadi pilihan manusia. Si epal menjadi sedih… Hari berganti minggu. Akhirnya si epal menjadi busuk dan menjadi habuan ulat. Kasihan si epal… Morale of the story: Wanita ibarat epal. Allah telah menciptakan kaum Hawa dan nilai wanita adalah tinggi disisi Islam. Tidak seperti barat yg selalu melaungkan emansipasi wanita, kononnya mereka mengangkat martabat wanita. Jadilah wanita2 yg terpelihara dan dibentuk dengan acuan Islam. Jangan sesekali merendahkan diri (seperti si epal) setelah Islam mengangkat martabat mu. Sifat malu itulah yg membezakan wanita Islam dgn wanita kafir. Sifat malu itu jugalah yg mengindahkan wanita. Kerana malu itu mahkota wanita Islam. Apabila hilangnya malu, maka hancurlah maruahnya… sanggup menjadi habuan lelaki2 yg ada penyakit dalam hatinya.